Fara Salleh muat naik video terbaru, tapi ini yang warganet perasan siap petik nama Izreen Azminda

Perkongsian wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan pelawak, Shuk Sahar iaitu Fara Salleh di aplikasi TikTok miliknya menarik perhatian warganet sehingga menyamakan ia dengan seorang artis wanita. Menerusi hantaran dimuat naik, Fara menyatakan dia hanya menjadi sendiri selain menyertakan beberapa gambar dirinya kini sedang bahagia menikmati kehidupannya. “Diri sendiri,” tulisnya berserta emoji hati dalam sampul surat. Klik sini untuk lihat video.

Bagaimanapun, perkongsian itu menerima pelbagai reaksi yang berbeza dengan kapsyen ditulis oleh wanita berusia 30 di mana kebanyakan warganet menyamakan wajahnya dengan seorang aktres sensasi, Izreen Azminda. Malah, mereka turut mengatakan ‘perangai’ yang dimiliki oleh Fara seiras dengan Izreen yang pernah hangat dengan kontroversi ‘rampas’ dan berkahwin dengan suami orang ketika itu. Namun, Izreen atau nama sebenarnya menegaskan tidak pernah berhasrat untuk merampas serta meruntuhkan kebahagiaan suami dan isteri pertama, sebaliknya hanya menumpang kasih. Dan, kini sudah bahagia dengan pasangan masing-masing. Jadi, tidak perlulah diungkit kembali walaupun agak sukar dilupakan kerana sudah melukakan hati seorang wanita.

Sementara itu, ada warganet memberitahu dia melihat Fara dengan Shuk Shahar yang memakai pelitup muka di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang. Selain itu, ada juga tinggalkan pesanan kepada Fara supaya lebih menghargai diri sendiri dan tidak berbahagia atas penderitaan orang lain. Mereka juga mengatakan Fara layak mendapat seorang lelaki yang lebih kacak dan baik daripada Shuk Sahar kerana dia seorang yang cantik serta memiliki rupa paras yang menawan.

Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.