ISTERI kepada pelawak Fad Bocey iaitu Syaheera meluahkan rasa berang apabila pembantu rumah melarikan diri dan tinggalkan anak-anak di rumah mereka sekitar pukul 2.30 petang, Rabu. Menurut Syaheera atau Nur Syahirah A. Rahman, pembantu rumahnya itu bertindak sedemikian dipercayai berpunca tegurannya mengenai kerja di dapur. “Isunya pagi tadi saya tegur fasal basuh pinggan. Memang jenis yang tak boleh ditegur. Sanggup tinggalkan anak. Memang melampau! Muka dia baik, kalau bercakap penuh drama air mata. Dia buat kerja tu (melarikan diri) ketika saya keluar uruskan kerja lain,” katanya.
Syaheera berkongsi mengenai perkara itu menerusi beberapa hantaran di Instastory miliknya. Dia juga memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan pembantu wanita tersebut melarikan diri melalui pintu belakang rumah mereka. Wanita berkenaan sempat menukar pakaian sebelum nekad untuk melarikan diri. Dalam pada itu, Syaheera berkata pihak polis sedang melakukan rondaan bagi mengesan wanita berkenaan. Dia juga memohon jasa baik orang ramai menghubunginya jika terlihat wanita berkenaan yang dipercayai masih berada di sekitar Setia Alam, Shah Alam.
“Kalau ada yang ternampak, tolong pegang kejap dan maklumkan kepada saya. Pihak polis juga sedang melakukan rondaan. “Kalau saya jumpa memang akan serah kepada pihak polis untuk ambil tindakan. Tindakannya biadab,” luahnya. Sumber, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Fad Bocey terlibat dengan kejadian yang tak diingini, sekali isteri dedah keadaan terkini Fad. PELAWAK dan penyampai radio, Fad Bocey dikejarkan ke hospital berdekatan selepas terlibat dalam kejadian yang tak diingini ketika menunggang motosikal pada Isnin. Menurut isteri Fad iaitu Nur Syahirah A. Rahman, dia terkejut apabila menerima khabar Fad melalui panggilan telefon. “Berita buruk, baru duduk minum air selesaikan barang-barang rumah… Fad call dia jatuh. Dugaan apa ini,” katanya. Perkara itu dikongsikan Syahirah menerusi hantaran di ruangan IG story miliknya. Berkongsi lebih lanjut, Syahirah memberitahu bahawa Fad kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital.
Malah, suaminya itu juga perlu pemantauan rapi daripada doktor kerana mengalami hentakan di bahagian kepala ketika kejadian. “Maaf yang mana hubungi tadi bateri tinggal tiga peratus, ini baru phone bernyawa. Keadaan terkini Fad perlu monitor under HDU (High Dependency Unit) sebab ada hentakan dekat kepala untuk pastikan semuanya bagus. “Sebab masa dekat tempat kejadian dia muntah. Tapi Alhamdulillah dia kuat. Terima kasih yang mendoakan, semoga kebaikan kalian dibalas Allah SWT,” katanya lagi. Dalam pada itu, pelawak Achey juga turut menghulurkan bantuan bagi menguruskan urusan kejadian selepas menerima berita berkenaan.
Achey datang hulur bantuan. Menerusi hantaran Achey di Instagram, dia juga berkongsi keadaan Fad yang sedang terbaring di atas katil semasa menerima rawatan. Meskipun dalam keadaan sakit Fad dilihat masih mampu memberikan senyuman kepada rakannya itu. “Semoga cepat sembuh sahabat,” tulisnya. Sumber, MSTAR ONLINE.