Wawa Zainal luah rasa terkilan bila nama dipetik potong gaji pekerja, sekali staff pula dedah apa yang Wawa dan suami selalu bagi

PELAKON dan usahawan Wawa Zainal menegaskan tidak pernah wujud isu penolakan gaji kakitangan syarikat miliknya seperti diperkatakan warganet di sosial media. Terkejut mendengar dakwaan tidak benar itu, Wawa atau nama sebenar Nur Hawa Zainal Abidin, 32, memberitahu dia dan suami iaitu Aeril Zafrel juga sering memberi bonus tambahan kepada pekerja di bawah perniagaan Wawa Cosmetic. “Bila orang katakan kisah itu melibatkan pasangan popular, kenapa saya dan Aeril yang dikatakan? Tidak adil orang terlalu cepat tdh kami sedangkan ramai lagi pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan bersama.

“Isu itu tidak pernah berlaku dalam syarikat kami. Malah kami kerap memberi bonus kepada staf. Bukan sahaja bonus tahunan, tetapi juga ada tambahan lain. Syarikat kami tidak pernah potong gaji dan cerita itu tidak logik,” katanya ketika dihubungi. Sebelum itu, heboh di laman Twitter pendedahan seorang pekerja yang memberitahu gajinya dipotong kerana gagal mencapai sasaran jualan bulanan. Individu itu memberitahu majikannya itu merupakan pasangan popular dan tidak semena-mena nama Wawa serta Aeril dipetik sebagai pihak terlibat.

Dalam pada itu, Wawa turut meluahkan rasa terkilan apabila gambarnya bersama suami digunakan oleh sebuah portal yang mengulas isu terbabit. “Cuma yang membuatkan saya terkilan apabila gambar kami berdua terus digunakan oleh sebuah portal. Perkara tersebut boleh jatuh ftnah dan kami boleh ambil tindakan,” ujarnya. Sementara itu, Wawa menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan sebarang hebahan tanpa bukti yang kukuh sehingga boleh mencemarkan reputasinya dalam perniagaan. Gara-gara isu ini, Wawa berkata dia mengalami anxiety kerana terlalu memikirkan tdhan tersebut.

“Kalau dengar berita begini janganlah terus percaya dan menuduh tanpa bukti yang kukuh, ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang yang kena tuduh. “Macam saya sendiri memang stres bila dengar isu begini sehingga menyebabkan anxiety,” jelasnya. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.