Jurunikah terpaksa berhentikan lafaz nikah gara gara terganggu dengan bunyi budak main lato lato

Permainan lato-lato kini menjadi satu fenomena anak muda, khususnya di negara Indonesia. Menerusi satu klip video yang kini tular di media sosial, seorang jurunikah terpaksa menegur tetamu yang bermain lato-lato semasa akad nikah kerana bunyinya menggangu upacara tersebut. Kejadian yang dipercayai berlaku di Indonesia selepas seorang jurunikah dilihat sedang bersiap sedia melangsungkan upacara akad nikah sepasang pengantin. Bagaimanapun ketika sedang melafazkan ijab kabul tersebut, jurunikah itu secara tiba-tiba mengentikan lafaz kerana terganggu dengan bunyi bising lato-lato. Wahai saudara Sutriono bin Taman. Lato-lato..diam, lato-lato diam. Saya ulangi. Wahai Sutriono bin Taman saya nikahkan dan kawinkan,” kata jurunikah tersebut dengan nada terganggu. Sumber Syok. Klik sini untuk lihat video.

Selepas itu, barulah bunyi lato-lato tersebut lenyap dan majlis diteruskan dengan sempurna. Video itu mendapat perhatian ramai dan menerima pelbagai komen daripada warganet . Terdahulu, sepasang pengantin telah menggantikan bunyi kompang kepada bunyi lato-lato ketika sedang berarak masuk menuju ke tempah persandingan mereka. Kredit Syok PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Lato-lato atau juga dikenali sebagai clackers ball kini telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat. Bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak, lato-lato juga dimainkan oleh segelintir dewasa, meskipun ramai berpendapat bahawa bunyi lato-lato itu agak menjengkelkan. Pun begitu, ada pasangan pengantin dari Sulawesi Barat, Indonesia ini mahukan majlis perkahwinan mereka disambut dengan iringan bunyi lato-lato.