Raikan kemenangan dengan ibu masing masing di kedai mamak, Zaki Yamani dan abangnya dipuji oleh warganet

Final rancangan realiti nyanyian Famili Duo yang berlangsung pada Ahad lepas masih lagi terasa bahangnya dengan kemenangan tempat pertama diraih oleh anak-anak bujang penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah iaitu, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani. Kehadiran bapa mereka yang menyaksikan pasangan adik beradik itu merentap bagi merebut hadiah kemenangan iaitu wang tunai berjumlah RM100,000 menjadi pemangkin buat mereka untuk juara. Apa yang menjadi perhatian ramai sudah tentu ibu masing-masing yang turut hadir memberikan sokongan saban minggu buat dua penyanyi ini.

Dalam satu perkongsian yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai @eijasignature, pasangan adik beradik tersebut telah meraikan kemenangan di kedai mamak bersama ibu-ibu mereka. Dapat dilihat mereka begitu gembira dengan memotong kek dan bertepuk tangan menandakan betapa gembiranya apabila usaha keras selama ini berhasil. Lebih membahagiakan adalah hubungan kekeluargaan kembali erat seperti mereka diwaktu kecil dahulu selepas lama terpisah memandangkan mereka tidak tinggal bersama. Perkongsian tersebut telah menuai pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata terharu dengan momen keluarga tersebut. Mereka juga memuji ibu-ibu kepada pasangan penyanyi itu kerana tetap ada bersama anak mereka sehingga mereka mencapai salah satu kejayaan dalam karier. Klik sini untuk lihat video.

Untuk makluman, Yamani adalah hasil perkahwinan Jamal dengan Noraina Mohd Yusof manakala Ahmad Zaki adalah daripada perkahwinan ketiganya dengan Fatimatuzahrah Samad. Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Menang tempat pertama dalam famili duo, rupanya ini yang Zaki dan Yamani nak buat dengan duit tu. Merangkul gelaran juara program Famili Duo musim kedua, Yamani Abdillah, 22, dan adiknya, Zaki Yamani, 17, nekad mahu menghadiahkan wang kemenangan sebanyak RM100,000 kepada ibu masing-masing sebagai tanda kasih dan sayang. Menurut Yamani, dia dan Zaki sedar tanpa dorongan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi figura penting dalam hidup mereka itu mana mungkin mereka mampu meraih kejayaan besar seperti itu. “Selama ini, ibu adalah antara penyokong utama dalam kerjaya seni. Tak putus-putus bagi semangat dan mendoakan kami.

“Jadi, kami mahu mendedikasikan kemenangan ini buat kedua-dua ibu kami termasuk semua wang kemenangan yang diraih. Kami percaya, jika kami buat begitu, rezeki buat kami akan lebih melimpah, Insya-Allah,”katanya. Yamani berkata demikian semasa ditemui usai program tersebut tamat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, semalam. Selain itu, kedua-duanya turut terharu kerana bapa mereka, Datuk Jamal Abdillah berpeluang melapangkan masa untuk hadir menyaksikan persembahan mereka di pentas final program berkenaan. “Itu merupakan kali pertama babah datang tengok kami buat persembahan. Memang sebak dan terharu. Tetapi ia juga membuatkan kami rasa gementar sebab dia ada di depan mata.

“Kemenangan ini juga kami dedikasikan buat babah sebab sepanjang menyertai program ini, dia juga selalu titip pesanan dan semangat buat kami berdua. “Malah, beberapa hari sebelum persembahan final semalam, dia berulang kali menyakat, ‘Man, kau dan Zaki kena menang kalau nak babah datang tengok di final’.

“Tak sangka, kami betul-betul menang jadi ada sebab untuk kami berasa bangga dengan kejayaan ini yang juga untuk dia,” katanya. Dalam pada itu, Zaki menambah, dia juga bersyukur diberi peluang menyertai program ini kerana secara tidak langsung dapat kembali menjalin hubungan erat dengan abangnya itu. “Kali terakhir saya rapat dengan abang ialah sewaktu berusia lapan tahun dan abang pula berusia 11 tahun. Terus-terang, saya pun dah lupa bagaimana cara abang melayan dan bergurau dengan saya waktu kecil dulu.

“Setelah lama tak berjumpa, kami dipertemukan dalam program ini. Bermula dari minggu pertama hingga sekarang, saya mulai ingat bagaimana rapatnya kami dahulu. Sekarang saya pula ‘bli’ dia,”selorohnya. Untuk info, Yamani adalah hasil perkahwinan Jamal dengan Noraina Mohd Yusof manakala Ahmad Zaki adalah daripada perkahwinan ketiganya dengan Fatimatuzahrah Samad. Dalam pada itu, bertemakan Anugerah Juara Lagu (AJL), segmen pertama Famili Duo semalam menyaksikan dua beradik ini menyampaikan lagu medley Potret yang dipopularkan Akim & The Majistret dan Pelukan Angkasa (kumpulan S.O.G. Sumber, Limau Asam Boi.