Lain macam penampilan dia, ramai yang teruja bila tengok busana yang digayakan oleh Aina Abdul

Masih mengekalkan identiti dengan mengenakan fesyen unik, penyanyi Aina Abdul tampil dengan busana serba putih persis kepulan awan ketika membuat persembahan di acara berprestij Anugerah Juara Lagu ke-37 malam ini. Pelantun lagu Terus Hidup itu turut memuat naik foto busananya di akaun Instagram sebelum melakukan persembahan. Lebih mengujakan, ketika siaran berhenti untuk iklan, penonton tidak berhenti menjerit dan memberikan sokongan kepada penyanyi yang mempertaruhkan lagu Terus Hidup hasil ciptaaan sepenuhnya itu. Malah, kehadiran Aina di atas pentas antara yang menerima jeritan kuat daripada penonton sepanjang penyanyi itu membuat persembahan.Sumber harian Metro.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya kagum dan terkesima melihat busana seiring dengan persembahannya. Busana yang direka khas oleh pereka fesyen tempatan, Melinda Looi menerima pujian ramai malah ada yang menyamakan busana mewah tersebut seperti ikan guppy.

Bukan sahaja busana membuat penonton kagum, rata-rata penonton akui meremang dan berpuas hati dengan persembahan serta vokal Aina. Malah pada penghujung persembahannya, Aina menerima ‘standing ovation’ daripada penonton serta peminat yang terpaku dengan kekuatan vokal yang dimilikinya. Tidak hanya itu, penonton turut teruja apabila ada ‘salji’ jatuh daripada atas sebagai simbolik kepada konsep persembahannya malam ini. Kredit X tra . PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Ramalan tepat Neelofa buat Aina Abdul, Alif Satar di AJL37. Selebriti popular, Neelofa yang meramalkan Aina Abdul dan Alif Satar bersama kumpulannya The Locos akan mendapat tempat di Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL37) menjadi kenyataan malam ini. Aina yang mempertaruhkan lagu ciptaan sepenuhnya berjudul Terus Hidup dinobatkan sebagai juara AJL37 serta memenangi kategori Vokal Terbaik. Sementara itu, Alif & The Locos yang mempertandingkan lagu Anugerah Terindah meraih tempat ketiga. AJL37 turut menyaksikan lagi Suatu Malam Di Temasek dendangan Joe Flizzow dan SonaOne ciptaan SonaOne dengan lirik dihasilkan SonaOne dan Joe Flizzow diumumkan tempat kedua. AJL 37 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil menggandingkan dua hos popular, Sherry Alhadad dan Jihan Muse.