Dah 13 tahun pergi menghadap illahi, baru sekarang kakak Achik Spin tahu siapa yang keluarkan dia dari kereta

Menerusi halaman tiktok, tular satu video di mana kakak kepada Achik Spin iaitu Nurul Azwa meluahkan rasa ingin tahu siapakah keluarkan Achik dari kereta sewaktu kejadian tu. Dalam video tersebut, Azwa memberitahu Achik telah pergi menghadap illahi di tempat kejadian namun sempat dikeluarkan oleh orang awam dari kereta sebelum ia meltp. “Ya, Achik sempat dikeluarkan dari kereta semasa ia meltp. Dia yang kami terima dalam keadaan sempurna, tiada cacat cela. Tiada nampak kesan terbkr malah tiada kesan luka-luka teruk. Alhamdulilah”- kata Azwa untuk menjawab pertanyaan peminat. Walaubagaimanapun, Azwa telah meluahkan rasa ingin tahu, siapakah insan-insan yang membantu mengeluarkan Achik sebelum kereta hngs terbkr.

“Cuma, saya nak tahu, siapa sebenarnya yang selamatkan dia daripada terbkr. Maknanya ada orang yang selamatkan dia sebelum kereta itu terbkr”- tambahnya lagi. Tidak mengambil masa yang lama, seorang pengguna TikTok ini mengaku bahawa suaminya membantu Achik. “Suami saya orang yang keluarkan Achik dari kereta. Masa tu, Achik masih hdup cuma dia tak sedar. Suami cakap bangun-bangun dan pangku dia. Ada orang lain juga masuk tolong”- tulisnya di ruangan komen. Dalam pada itu, pengguna TikTok yang lain ada yang mengaku menjadi salah seorang yang membantu Achik dan terselamat dari kejadian tu. “Orang lain yang puan maksudkan tu saya bersama abang saya dan kawan-kawna yang lain. Masa tu saya di antara orang yang bersama Achik. Sebelum terbkr kami dah pindahkan Achik dari kereta”- tulis pengguna TikTok dengan akaun @enfarisikhwan.

Dalam posting yang berbeza, Azwa memuatnaik video dengan mengucapkan terima kasih semua yang membantu Achik sewaktu kejadian. “Dah lama saya nak tahu sangat. Siapa sebenarnya yang keluarkan Achik sebelum kereta terbkr. Alhamdulilah, terima kasih kepada yang membantu. Saya mewakili keluarga Achik, terima kasih banyak-banyak”- ucap Azwa. Untuk info, pada 17 April 2010, Achik telah terlibat dalam satu kejadian jalan raya. Kereta yang dinaiki oleh Achik bersama rakannya, Salihin Md. Noor, iaitu Toyota Estima XR40 (MPV) juga telah terkena dengan papan tanda jalan di KM 14.7 Lebuhraya Kajang–Seremban (Lekas). Kejadian itu dipercayai berlaku sewaktu Achik dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban setelah selesai menjalani satu program hiburan yang menjemput beliau sebagai artis jemputan, iaitu Rancangan Gah 1 di RTM, Angkasapuri, bersama dengan rakan duetnya Siti Nordiana.

Sumber, TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.