Bawa selimut menghadiri malam anugerah, Ds Vida punya penampilan kena kritik dengan warganet

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida jadi perhatian ramai ketika menghadiri Anugerah Gempak Most Wanted 2022 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi. Tercalon dalam kategori Muzik Video Terbaik bagi lagu Ku Ikhlaskan, DSV menerusi hantaran di Instagram, dilihat menggayakan Pyjama Selimut Kain Perca Multiracial hasil rekaan Behati di acara karpet merah Gempak Most Wanted Award itu. Fesyen yang digayakan oleh DSV telah mencetuskan reaksi dari pelbagai pihak, malah ramai yang berseloroh melihat DSV membawa ‘Patchwork Comforter’ ketika menghadiri malam anugerah berkenaan.

Penyanyi dan usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida meluahkan rasa sedih apabila dirinya terus menjadi bahan kritikan warganet di media sosial. Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu I Am Me itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform TikTok miliknya. Menurut Vida yang juga Presiden warganet bagi program Big Stage 2022, dia berasa hairan mengapa setiap apa yang dilakukannya akan menerima kritikan warganet. Apa lagi salah saya. Kenapa tak boleh terima setiap apa saya cuba lakukan.Kebiasaan balik dari hotel baru saya akan buka telefon untuk melihat komen dan maklum balas warganet. Tetapi, setiap minggu saya masih kritik dan bermacam kata, sedangkan saya sudah jadi sebaik mungkin dengan kata-kata,” katanya di TikTok.

Mengulas lanjut, usahawan terkenal itu berkata mungkin orang sekeliling melihat dirinya nampak gembira, namun di sebalik itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Buat macam mana pun masih dibenci dan dikritik warganet. Sedih hati saya. Depan orang saya nampak suka dan gembira. Tetapi sebaliknya Allah sahaja yang tahu segala kesedihan dan kesusahan saya hadapi,” ujarnya.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.