Ernie tak bawa balik anugerah Ajl, bila tengok reaksi Syamel buat ramai yang sebak

Dikendalikan oleh pengacara utama Sherry Alhadad dan Jihan Muse, malam Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-37 berlangsung dengan cukup gah sekali gus menyaksikan 12 peserta yang berentap bagi meraih gelaran juara. Turut disajikan dengan persembahan pembukaan yang sangat memukau daripada barisan penyanyi hebat seperti Syamel, Kaka Azraff, De Fam dan ramai lagi. Masih tak boleh move on dengan persembahan Ernie semalam…Emosi dalam lagu tu sampai. Menerusi pentas AJL37 semalam, persembahan daripada Ernie Zakri antara yang mendapat standing ovation selain Aina Abdul dan Marsha Milan.

Seperti tahun sebelumnya, penyanyi lagu ‘Ku Bersuara’ ini pasti berjaya menambat hati penonton dengan kehebatan dari segi vokal serta luahan emosi dalam setiap lagu yang dinyanyikan. Syamel sedih Ernie tak menang…Sentiasa jadi tulang belakang buat Ernie
Namun begitu, rezeki tidak berpihak kepada penyanyi wanita tersebut semalam. Syamel yang hanya menanti di belakang pentas juga kelihatan sayu apabila cinta hatinya gagal meraih sebarang anugerah. Walau bagaimanapun, dia bersama para peminat tetap meraikan serta sentiasa menjadi tulang belakang buat Ernie untuk terus bangkit.

Semalam memang harap Ernie menang nombor 2 atau 3
Dijangka bakal dinobatkan sebagai pemenang, ramai berasa terkilan apabila Ernie hanya pulang dengan tangan kosong. Pun begitu, masing-masing turut berasa kagum serta memuji persembahan hebat daripada penyanyi wanita berkenaan. Dijangka Tercalon Top 3, Syamel Sebak Ernie Tak Menang Sebarang Award. Di samping itu, mereka juga tidak berhenti memberikan kata-kata semangat dan juga yakin bahawa Ernie pasti akan comeback untuk AJL pada masa akan datang. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Ernie, 30, yang terus ke dakapan suaminya, Syamel, apabila tiba di belakang pentas.

Penyanyi Ernie Zakri membawakan lagu ‘Korban’ pada malam AJL37 yang melontarkan vokalnya yang padu ketika menyampaikan lagu tersebut.Walau bagaimanapun, rezeki tidak berpihak kepadanya. Dalam pada itu, meninjau ke laman Instagram (IG) Syamel, dia memuat naik gambar bersama Ernie dengan kapsyen yang ringkas iaitu ‘I Love You. Sumber, LimauAsamBoi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.