Teruk kena kritik sebab penampilan lepas balik dari Umrah, sekali ini pula luahan dari Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha meminta segelintir pihak supaya tidak menganggap dirinya hipokrit hanya kerana dirinya berhijab ke majlis tertentu. Menerusi hantaran di laman Instagram, Fasha berkata, dia yakin ramai lagi wanita yang free hair (tidak bertudung) melakukan perkara sama sepertinya. “Dah lama tak tulis panjang. Hari ini rasa nak tulis bila terbaca komen ‘hipokrit’ dan ‘nama pun pelakon’ selepas posting saya mengenakan hijab ke majlis ‘preview’ berbuka puasa semalam. “Bukan bererti mereka yang sudah berhijab boleh menghina kami sebegitu? “Cuma jangan babitkan kerjaya saya, sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian,” tulisnya.

Dalam perkongsian itu juga, Fasha berkata, dia tidak perlu menjelaskannya satu persatu. “Saya tidak perlu jelaskan satu persatu, kenapa itu, kenapa ini, sebab ‘I don’t owe any explanation to anyone accept to my family, my inner circle’ dan Allah (saya tidak perlu menjelaskan kepada sesiapapun kecuali ahli keluarga dan mereka yang rapat),” tulisnya. Dalam perkongsian itu juga, Fasha mengakui dirinya hanyalah insan yang tidak sempurna, banyak kekhilafan dan kekurangan. “Kerana saya tiada pangkat dan darjat, saya bukanlah ‘level’ (tahap) kayangan, jadi anda boleh menghukum saya kerana tidak berhijab?

“Kerjaya saya adalah pelakon dan duta produk, ianya adalah kerjaya saya tapi bukan bererti saya milik masyarakat,” tulisnya lagi. Dalam perkongsian sama juga, Fasha mengucapkan terima kasih kepada semua pengikutnya, keluarga, teman media, peminat sahabat yang berfikiran positif dan mendoakan yang baik-baik serta tidak pernah judge (menilai) dirinya. “Untuk yang menghina pun, saya ucapkan terima kasih, nak hina berbakul pun silakan “Cuma jangan babitkan kerjaya saya, sebab saya pun mencari rezeki seperti kalian,” tulisnya.

Sumber, Hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.