Muat naik video balik kerja main dengan cucu, gelagat Ds Anwar Ibrahim jadi tumpuan warganet

Biarpun menggalas tugas berat mentadbir negara bukan penghalang bagi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim curi masa bermain bersama cucu selepas waktu bekerja. Melalui hantaran video di akaun TikTok Anwar semalam, gelagat beliau bermain bersama cucunya di rumah mencuit hati ramai pengguna media sosial. Dengan berlatar belakang lagu ‘Apek Lompat’ dari filem Ali Baba Bujang Lapok arahan P. Ramlee, dalam video berkenaan Anwar kelihatan bersahaja melayan kerenah cucu perempuannya bermain dengan kapsyen ‘tenang dengan cucu . Rata-rata pengguna media sosial yang menonton video berkenaan mendoakan agar Anwar terus diberi kesihatan dan kesejahteraan yang baik sepanjang menjalankan tugas sebagai pemimpin negara. Klik sini untuk lihat video.

Moga keluarga DSAI sentiasa dirahmatiAllah SWT dilindungi selalu. Jaga kesihatan dan keselamatan selalu PM. Walaupun seharian kerja letih macam mana sekali pun masih boleh layan cucu, semoga diberikan kesihatan yang baik .Kredit Sinar Viral PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik pada 24 November 2022 selepas pilihan raya umum ke-15. Berusia 75 tahun, Anwar memiliki karisma dan kepimpinan yang mengagumkan dalam perjuangannya sendiri. Bukan calang-calang ketokohan dan pengalaman Datuk Seri Anwar Ibrahim miliki sehingga beliau dilantik menerajui kepimpinan negara. Ternyata pada bahu seorang pemimpin tergalas tanggungjawab, harapan dan impian rakyat, semoga dapat dilaksana sebaiknya.