Sejak kebelakangan ini, usahawan Mawar Karim sering menjadi perhatian media selepas dia membalas komen pedas daripada seorang individu ‘dikenalinya’ yang bertindak menyrng akaun media sosialnya dengan menggunakan akaun palsu. Pun begitu, nama usahawan yang berusia 34 tahun itu sekali lagi menjadi bualan netizen apabila dia memuat naik kata-kata di IG storynya namun, hantaran tersebut tidak ditujukan atau menyebut nama mana-mana pihak telah mencetuskan tanda tanya. “Saya mungkin bukan yang sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya tidak berpura-pura. Dengan saya, apa yang awak lihat itulah yang awak dapat.
“Ia bukanlah kerja saya nak dedahkan orang yang berpura-pura. Akan ada masanya mereka akan mendedahkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” ujar kata-kata tersebut yang dikongsikan oleh Mawar. Terdahulu, Mawar Karim telah mengejutkan ramai apabila dia seolah-olah memberi bayangan dengan memaklumkan dia banyak menanggung kehidupan keluarga ketika bergelar isteri pada suatu ketika dahulu. Usahawan dan pelakon, Fizo Omar mengambil keputusan untuk tidak memanjangkan isu mengenai sindiran yang dilakukan oleh bekas isterinya, Mawar Karim yang sebelum ini seakan memberi bayangan banyak menanggung kehidupan keluarga ketika bergelar isteri pada suatu ketika dahulu.
Menurut laporan, pelakon yang berusia 38 tahun itu berpendapat dia dan Mawar sudah mempunyai keluarga masing-masing dan tidak perlu mengungkit kisah lama yang sudah terjadi. “Kita dah ada keluarga masing-masing. Jagalah keluarga sendiri,” katanya. Terdahulu, Fizo Omar menjadi perhatian ramai apabila dia menegaskan diftnh juga merupakan salah satu rezeki yang perlu disyukuri memandangkan ia akan memberi ujian bagi menguatkan diri sendiri. “Rezeki Allah ni datang dari pelbagai bentuk, difitnah pun adalah salah satu rezeki. Rezeki ujian yg akan memberikan kekuatan,” ujarnya dalam satu hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu juga, Fizo turut meluahkan rasa syukur dengan kebahagiaan dan kesihatan yang dikurniakan oleh Allah kepadanya dan berharap ketenangan diberikan kepada orang ramai.Sekadar info, Mawar dan Fizo pernah membina mahligai pada November 2013 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Wan Maryam, 6. Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk berpisah pada 10 Julai 2019 dan kemudiannya Fizo telah berkahwin dengan bekas pramugari bernama Fazeera pada Oktober 2021. Sumber, mStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.