Sekejap je dah besar, ramai yang terhibur bila tengok gelagat Jebat jayden berlakon

Anak lelaki kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Jebat Jayden sering menjadi perhatian orang ramai dengan gelagat comelnya.  Memasuki usia empat tahun, kini Jebat sudah pandai bertutur dengan baik ketika berborak dengan baba atau mamanya. Jadi tidak hairanlah beberapa jenama besar akan berkolaborasi dengan Sharnaaz atau Nabila bagi mempromosikan produk mereka.  Sebagai contoh sebelum ini, jenama makanan frozen Pak Mat Western menampilkan Sharnaaz bersama Jebat yang banyak celotehnya. Klik sini untuk lihat video.

Terbaru, Jebat beraksi bersama mamanya dengan jenama kesukaan kanak – kanak iaitu Kinder Joy dan sketsa Jebat mencuit hati ramai.  Menerusi video perkongsian di Instagram milik Jebat sendiri dapat dilihat Jebat berlakon seolah – olah baru pulang dari kerja. Gelagat spontannya bersama mamanya menghiburkan mereka yang melihat apatah lagi membahasakan dirinya baby. Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat gelagat comel Jebat yang ada – ada sahaja. 

Kredit Soya Lemon PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.