Lebih teruk dari Ira Kazar, kali ni isteri Hafidz Roshdi tampil bongkarkan perangai individu yang ganggu rumahtangga dia

Nama pelakon Hafidz Roshdi menjadi panas apabila namanya dipetik ramai selepas tular dakw4an tak setia di belakang isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Bertambah kukuh spekulasi berkenaan apabila tiada sekeping foto isterinya di laman Instagram. Tidak berdiam diri, pelakon yang berusia 29 tahun menafikan dakw4an tersebut dengan mengatakan rumah tangganya adalah baik-baik sahaja. Bagaimanapun, ungkapan Hafidz itu seolah-olah tidak ‘sepadan’ apabila isterinya tampil membuat naik kenyataan di hantaran Insta Stories peribadi miliknya mengenai isu kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Menerusi beberapa hantaran dikongsikan semula di sebuah forum hiburan, Shuhada meluahkan kekecewaan dengan sikap seorang wanita yang dikatakan menjadi ‘peny0ndol’ dalam rumah tangga mereka. Shuhada berkata, dia ‘sangat’ berterima kasih kepada wanita berkenaan kerana tergamak merampas seorang bapa kepada anak-anaknya selain meruntuhkan rumah tangga mereka. “Kepada awak, terima kasih sebab sakitkan hati saya dengan anak-anak yang tidak berdosa. Terima kasih kerana menjadi seorang perempuan yang mengambil abah kepada anak-anak saya. Terima kasih kerana mervntuhkan rumah tangga saya, terima kasih kerana sanggup melihat penderitaan wanita lain sebab nak ‘fght for your love,”tulisnya.

Dalam hantaran berikutnya, wanita berkenaan disifatkan seakan muka tembok sehingga sanggup datang ke rumah mereka selain membuatkan dirinya dan anak-anak menderita. Selain itu, Shuhada turut mengakui dirinya terasa bdh kerana sering bersangka baik dengan apa yang berlaku sehingga mengakibatkan dirinya mend3rita. “Saya salah sangat-sangat sebab saya bdh, maafkan ibu ya Umar dan Humairah, ibu akan cuba yang terbaik,”luahnya. Tambah Shuhada, wanita berkenaan lebih hebat dalam ‘ilmu menyndol’ berbanding anak pelakon senior, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar yang merampas kebahagiaan aktres jelita, Puteri Sarah Liyana dan anak-anak.

Terdahulu, seorang aktor lelaki dikhabarkan ‘kantoi’ bermesej tak senonoh bersama seorang wanita dan terbongkar setelah diketahui isterinya sendiri. Sumber, TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.