Salah seekor anjing yang bantu misi penyelamat di Turkiye menghembuskan nafas terakhir

SEEKOR anjing dinobatkan sebagai anjing paling berani di dunia apabila menghembuskan nafas terakhir ketika bertugas dalam usaha mencari sasaran gempa bumi di Turkiye. Anjing yang diangkat sebagai wira itu diberikan nama Proteo dan telah diterbangkan dari Mexico untuk membantu usaha menyelamat selepas dua kejadian gempa bumi yang melanda Turkiye pada minggu lalu. Namun begitu, Proteo menemui ajlnya ketika sedang bertugas dalam operasi menyelamat.

Anggota Tentera Darat dan Udara Mexico menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian anjing mereka, Proteo yang tidak pernah gentar berhadapan dengan segala bentuk cabaran.”Ia telah memenuhi misinya sebagai anggota Delegasi Mexico dalam mencari dan menyelamat saudara-saudara kita di Turkiye,” ujar wakil ketenteraan Mexico dalam satu kenyataan. “Kami sangat berbangga dengan kamu Proteo,” tambah Menteri Pertahanan Mexico. Salah seorang anggota tentera Mexico yang pernah berkhidmat bersama Proteo memberitahu dia berbangga dapat bertugas di samping anjing penyelamat itu ketika di lapangan.

“Saya ingin memberitahu anda bahawa saya bangga dengan anda. Kerana sentiasa menjadi anjing yang kuat, dan tidak pernah berputus asa.” Laporan dari portal berita Turkiye memaklumkan Proteo terkrbn ketika sedang cuba mencari sasaran gempa bumi yang tertimbus di bawah runtuhan. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.