Nak gembira kan suami punya pasal, wanita ni nekad beli helmet bernilai RM86k untuk suami dia

Tular sebelum ini apabila terdapat seorang individu dari Terengganu menawarkan sebah Yamaha RX-Z dengan harga mencecah RM70,000. Isu tersebut sekaligus menjadi sebutan ramai melihatkan harga penjualan model tersebut suatu ketika dahulu jauh lebih rendah daripada harga yang ditawarkan. Terbaru, trend yang sama kembali berulang namun pada kali ini melibatkan sebuah helmet yang didakwa dalam kategori rare iaitu SHOEI J Force2 berwarna kuning yang berjaya dijual dengan harga mencecah RM86,000. Sumber Negara Merdeka.

Menariknya, kedai yang popular dengan penjualan helmet ini baru sahaja mengumumkan penawaran helmet ini sedia ditawarkan di kedai mereka dengan harga asal sebanyak RM100,000. Walau bagaimanapun, kedai ini turut memaklumkan sebarang tawar menawar turut dibenarkan. Rezeki kedai ini apabila terdapat seorang wanita hadir ke kedai bagi mendapatkan model helmet dengan harga RM86,000. Bukan itu sahaja, wanita ini turut membayarnya secara cash yang turut dikongsikan gambarnya. Sumber Motormalaya.

Di sebalik pembelian atas dasar minat, terdapat segelintir warganet yang turut mempertikaikan harga helmet tersebut yang didakwa terlalu mahal. Selain itu, warganet turut tertanya-tanya tujuan membuat transaksi besar secara cash berbanding pembayaran secara dalam talian yang jauh lebih selamat. Sumber, Harian Metro PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.