Patutlah ank nak bagi duit kemenangan dekat ibu, rupanya Jamal Abdillah pernah buat benda ni dulu

Juara Famili Duo musim kedua iaitu Zaki Yamani dan Yamani Abdillah memberitahu wang kemenangan sebanyak RM100,000 yang diraih menerusi program tersebut akan diberikan kepada ibu masing-masing sebagai tanda kasih dan sayang. Ujar Zaki, insan bergelar ibu itu sentiasa memberi dorongan dan keyakinan buat diri mereka sepanjang bertanding dalam program tersebut. Tanpa ibu, Zaki berkata dia tidak mampu meraih kejayaan semalam.

Berikutan daripada itu, rata-rata netizen berkata sikap Zaki dan Yamani yang sentiasa mendahului ibu dalam apa jua keadaan ternyata saling tak tumpah seperti bapa mereka iaitu Datuk Jamal Abdillah. Menerusi sesi temu bual bersama DJ Nazz, Raja Pop Malaysia itu berkata dia mendapat tentangan daripada bapanya, Haji Mohd Ali ketika ingin menyertai pertandingan bintang RTM suatu masa dahulu. Meskipun mendapat tentangan yang hebat, Jamal memberitahu dia berusaha bersungguh-sungguh untuk meraih gelaran juara.

Ujar Jamal, kegigihan dan kesungguhan yang ditonjolkan pada masa itu berjaya membuatkan pintu hati bapanya terbuka. “Masa itu dia dah nampak banyak kali saya dah menang, dan dia bagi sokonganlah! Dia tak sangka saya sampai ke peringkat akhir, dengan usaha saya ni, dengan duit yang dia bagi, dia tak tahu masa tu saya wakil negeri Perak dan pergi ke peringkat utara. Kemudian saya masuk peringkat suku akhir, separuh akhir dan sampai final. Masa final tu dia datang menyaksikan persembahan saya. Dialah yang menjerit dulu saat keputusan diumumkan. Suara dia menjerit dalam auditorium tu, suara dia yang saya dengar. Maknanya dia boleh terimalah.” Tambah Jamal, bapanya turut hadir semasa dia membuat persembahan di pentas final, sekaligus menyandang gelaran juara dengan membawa hadiah wang tunai berjumlah RM5,000.

Bila disoal mengenai wang kemenangan pada masa tersebut, Jamal mengaku dia membelanjakan kesemua wang tersebut kepada arwah emaknya. “Rasanya sekarang ni dalam nilai RM50 ribu lah. Saya bawa balik trofi ke Teluk Intan. Duit itu saya lambak dekat arwah mak saya. Saya lambak depan dia. Dia macam tak percayalah, bagi duit tu semua.” Jelas Jamal, pada saat itu dia tidak berkira sangat mengenai wang kemenangan tersebut, yang penting dia sudah capai apa yang diimpikan.

Sumber, OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Menang tempat pertama dalam famili duo, rupanya ini yang Zaki dan Yamani nak buat dengan duit tu. Merangkul gelaran juara program Famili Duo musim kedua, Yamani Abdillah, 22, dan adiknya, Zaki Yamani, 17, nekad mahu menghadiahkan wang kemenangan sebanyak RM100,000 kepada ibu masing-masing sebagai tanda kasih dan sayang. Menurut Yamani, dia dan Zaki sedar tanpa dorongan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi figura penting dalam hidup mereka itu mana mungkin mereka mampu meraih kejayaan besar seperti itu. “Selama ini, ibu adalah antara penyokong utama dalam kerjaya seni. Tak putus-putus bagi semangat dan mendoakan kami.

“Jadi, kami mahu mendedikasikan kemenangan ini buat kedua-dua ibu kami termasuk semua wang kemenangan yang diraih. Kami percaya, jika kami buat begitu, rezeki buat kami akan lebih melimpah, Insya-Allah,”katanya. Yamani berkata demikian semasa ditemui usai program tersebut tamat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, semalam. Selain itu, kedua-duanya turut terharu kerana bapa mereka, Datuk Jamal Abdillah berpeluang melapangkan masa untuk hadir menyaksikan persembahan mereka di pentas final program berkenaan. “Itu merupakan kali pertama babah datang tengok kami buat persembahan. Memang sebak dan terharu. Tetapi ia juga membuatkan kami rasa gementar sebab dia ada di depan mata.

“Kemenangan ini juga kami dedikasikan buat babah sebab sepanjang menyertai program ini, dia juga selalu titip pesanan dan semangat buat kami berdua. “Malah, beberapa hari sebelum persembahan final semalam, dia berulang kali menyakat, ‘Man, kau dan Zaki kena menang kalau nak babah datang tengok di final’.

“Tak sangka, kami betul-betul menang jadi ada sebab untuk kami berasa bangga dengan kejayaan ini yang juga untuk dia,” katanya. Dalam pada itu, Zaki menambah, dia juga bersyukur diberi peluang menyertai program ini kerana secara tidak langsung dapat kembali menjalin hubungan erat dengan abangnya itu. “Kali terakhir saya rapat dengan abang ialah sewaktu berusia lapan tahun dan abang pula berusia 11 tahun. Terus-terang, saya pun dah lupa bagaimana cara abang melayan dan bergurau dengan saya waktu kecil dulu.

“Setelah lama tak berjumpa, kami dipertemukan dalam program ini. Bermula dari minggu pertama hingga sekarang, saya mulai ingat bagaimana rapatnya kami dahulu. Sekarang saya pula ‘bli’ dia,”selorohnya. Untuk info, Yamani adalah hasil perkahwinan Jamal dengan Noraina Mohd Yusof manakala Ahmad Zaki adalah daripada perkahwinan ketiganya dengan Fatimatuzahrah Samad. Dalam pada itu, bertemakan Anugerah Juara Lagu (AJL), segmen pertama Famili Duo semalam menyaksikan dua beradik ini menyampaikan lagu medley Potret yang dipopularkan Akim & The Majistret dan Pelukan Angkasa (kumpulan S.O.G. Sumber, Limau Asam Boi.