Dah pakai iucd tapi terhamil juga, isteri Pu Abu kongsikan cerita bersalin ank ketiga

Isteri PU Abu kongsi pengalaman bersalin anak ke-3, timang bayi perempuan

Dah pakai iucd tapi terhamil juga, isteri Pu Abu kongsikan cerita bersalin ank ketiga

Kontroversi melibatkan rumah tangga bekas peserta program Pencetus Ummah, PU Abu sememangnya kerap menjadi sorotan netizen. Walau bagaimanapun, isterinya Ain Afini hari ini telah berkongsi momen bahagianya apabila memaklumkan selamat bersalin pada awal Februari lalu. Ujarnya, anak ketiganya kali ini adalah perempuan yang diberi nama Khadijah.

Journey pregnancy with IUCD, simpan sini sebab masih ada yang tanya. Umi memang datang period regular ke selama tiga bulan taktahu pregnant tu? Yes and decide nak buat check up sebab selalu nak pitam. Umi agak mungkin sebab “heavy period”. But it turns out bukan period tapi blding disebabkan ada IUCD and keadaan baby tu sendiri. 2. Lepas dah tahu umi keluarkan tak IUCD? Sepatutnya doc kata bila baby dah besar sikit akan kena scan semula untuk keluarkan tapi case umi dia tak keluarkan sebab kedudukan iucd bersebelahan dengan kantung so high risk

Bila blding doc buat apa? Doc kata masa awal2 tu tak ada solusi lain melainkan dapat ubat kuatkan rahim. Makan ubat ikut apa doc sarankan. Dua kali kena refer hosp sebab bleeding banyak and doc cuma scan baby masih ada jantung atau tak and dapat ubat kuatkan rahim. So far Alhamdulillah okay cuma kalau terlalu penat atau terangkat benda berat akan bleeding sedikit. Ni pengalaman umi tau, mommies lain maybe ada pengalaman with iucd yang berbeza. Alhamdulillah another experience untuk umi.

Journey bersalin baby IUCD. Due umi sepatutnya 6/03/2023 tapi since pengalaman sebelum ni anak anak lain semua bersalin awal jadi mindset tu dah well prepared akan bersalin awal. Since kena admit sebab jantung slow tapi bukaan baru 2cm, pagi 9/2/2023 tu kena induce. Lepas induce dia punya contraction tu start sakit terus setiap 1-2minit, dapat ubat tahan sakit baru lah ku boleh bertenang sikit. Masuk labour room pukul 12 dan bersalin pukul 3.10 petang! Alhamdulillah everything sangat smooth dan bersalin tenang tanpa jahitan. Tapi…. Ingatkan dah selesai semua tapi doc bagitahu iucd tak keluar sekali dengan baby atau uri. Another doc masuk and kena undergo proses lain which is kena ‘korek’ cari mana iucd tu. Sebelah doc ada mesin scan tu, sambil scan sambil cari and dibuat dalam keadaan sedar tau tak bius. Ni pengalaman umi, orang lain umi taktahuuu.

Sakit tak? Masa tu sakit pun macam dah tak terfikir apa sebab dah letih. Lepas 15 minit macam tu doc baru jumpa IUCD melekat kat daging. Doc kata kena keluarkan juga sebab kalau tak ada possibility kena jangkitan kuman atau kesan lain. Dah keluar tu kan rasa legaaaa! Doc tanya lepasni nak pakai iucd lagi tak? Not sure, macam dah serik heheh tachoddd lahhh. Orang lain umi taktahu macam mana iucd tu keluar sekali ke tak. Pengalaman sungguh lah. Nanti Khadijah dah besar nak kena cerita benda ni. Dalam posting yang dibuat Ain, dia telah berkongsi pengalaman bersalin ‘bayi IUCD’. Tak hanya itu, cahaya matanya juga dilahirkan lebih awal berbanding tarikh jangkaan sebenar.

Difahamkan, isteri PU Abu ini pernah berkongsi ‘journey’ disahkan hamil walaupun menggunakan alat pencegah kehamilan, Peranti Intrauterine (IUCD) pada pulan Disember lalu. Dia pada awalnya berasa risau namun lama kelamanan menyedari banyak hikmah yang diperoleh atas rezeki yang tidak dijangka ini. Perkongsian yang dibuat oleh Ain Afini cukup lengkap dan sempat menceritakan sekali bagaimana proses membuang IUCD selepas bersalin.

Susulan daripada itu, menerusi ruangan komen ramai kaum ibu yang turut berkongsi pengalaman memasang alat pencegah kehamilan itu namun ‘terhamil’ juga. Mereka turut mengucapkan tahniah kepada Ain Afini diatas kelahiran anak ketiganya dan memuji kecomelan Khadijah yang lahir pada 9 Februari lalu.

Untuk rekod, PU Abu Sufyan telah mendirikan rumah tangga dengan Ain Afini. Sebelum ini, kisah rumah tangga mereka menjadi perbualan ramai kerana PU Abu dikatakan bernikah dengan seorang wanita lain dan mempunyai anak. Hasil perkongsian hidup dengan pendakwah tersebut, Ain Afini telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki dan menimang seorang lagi cahaya mata awal Februari ini. Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.