Pakai tudung sauk pun masih cantik, ramai yang puji Ummi Nazeera bila dia selamba je pergi event pakai tudung macam ni

Nama pelakon, Ummi Nazeera sering menjadi sorotan ramai di media sosial kerana apabila dia berlakon tentu ‘hebat’ dirinya menghayati watak diberi sehingga dia kini adalah salah seorang pelakon wanita yang tidak terlepas peminat ikuti perkembangannya. Baru-baru ini pula, Ummi Nazeera memuat naik beberapa keping foto OOTD dirinya di sebuah majlis. Imej pelakon jelita ini membuatkan dia dihujani pelbagai komen pujian daripada peminat dan pengikut di Instagram. “Pergi event pakai tudung sauk. Yes, this is my first time pergi event pakai tudung sauk. And i love it…” tulis Ummi Nazeera berkongsikan perasaannya yang menyukai penampilannya ke event yang dihadiri tersebut.

Walau bagaimanapun nampaknya diruangan komen ramai begitu terkedu melihat kecantikan Ummi Nazeera apabila dia menggunakan tudung sauk ke majlis. Kreativiti Ummi Nazeera yang membuatkan tudung tersebut nampak begitu bergaya mencetuskan dia menjadi perbualan ramai. ‘Dia Ummi Nazeera. Tudung sauk nampak mahal dan cantik. Kalau aku pakai, kata laki aku macam makcik…”

Walau bagaimanapun, dalam pada itu peminat dan pengikut menjadikan imej tudung sauk Ummi Nazeera itu sebagai idea kerana agak diluar kebiasaan apabila ia juga boleh dililit. Sumber, TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.