Ada yang tanya pasal menduakan isteri, sekali Jep punya jawapan buat ramai yang kagum

Semenjak sudah berumah tangga, Jep kerap kali dilihat berhati-hati dalam membawa watak apabila digandingkan dengan artis jemputan wanita. Hal itu jadi perhatian umum dek kerana caranya yang menghormati perasaan si isteri. Baru-baru ini, Jep telah menjawab soalan dari peminat di Tiktok mengenai isu tak setia. Abang Jep, kenapa tak menduakan dengan bini? Abang Jep takut bini ke?” soal seorang pengikut tikotk Jep “Ni bukan masalah takut bini, tapi lebih pada hargai bini, bini abang Jep ni lah terima abang Jep seadanya. Susah senang bersama abang Jep, terima abang Jep dikala waktu susah abang Jep, abang Jep sayang Kak Yanti” tulis Jep.

Jawapan yg sungguh ingin didengar oleh semua para isteri. Mantap jep! Baru-baru ini, Jep sempat berkongsi detik pengenalan bersama suri hatinya, Sari Yanti yang sekali lagi jadi perhatian warganet dengan sikapnya yang dianggap ‘gentleman‘. Menerusi rakaman yang dimuat naik di TikTok, Jep menyatakan dia hanya menghubungi pelakon wanita tersebut menerusi mesej sebelum dirinya berjumpa kedua ibu bapa Sari Yanti untuk langkah seterusnya. Lepas mesej, pastu ada keluar bersama. Kita cakap yang kita tak main-main. Jika memang okay, saya memang nak jumpa ayah dia. Pelawak berkenaan tenang menjawab segala persoalan daripada rakan sekerjanya yang turut berada di konti ketika itu. Malah, Jep sempat berseloroh untuk ‘sound’ ayah kepada Sari Yanti dan membuatkan keadaan ketika itu meriah dengan gelak tawa.

Walau bagaimanapun, Jep segera memperbetulkan maksudnya dengan gurauan yang disampaikan. Menurutnya, dia ingin menyuarakan isi hatinya untuk mengambil alih tanggungjawab ayahnya dalam menjaga Sari Yanti. Untuk rekod, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin mendirikan rumah tangga bersama Sari Yanti pada 25 Februari 2017 dan dikurniakan tiga cahaya mata. Jep merupakan bekas anggota kumpulan lawak, Sepah yang telah menjuarai pertandingan Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2009. Perpecahan kumpulan Sepah membawa kepada penubuhan kumpulan baharu dinamakan sebagai ‘Sepahtu’ yang turut dianggotai Shuib, Rahim dan Ilya (Pak Ya).

Nama sebenarnya, Mohd Nadzri bin Zainal Abidin. Menggunakan nama komersial, Jep Sepahtu. Lahir pada 9 April 1985 di Kulai, Johor. Kini berusia 34 tahun. Berketinggian 1.85 meter.Merupakan anak keempat daripada tujuh orang adik-beradik. Pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio yang berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2009. Mula popular selepas memenangi pertandingan realiti komedi, Raja Lawak 3 (musim ketiga) 2009 menerusi kumpulan Sepah yang turut dianggotai Shuib dan Mamat. Mereka juga merangkul gelaran juara Maharaja Lawak 2011.

Selepas berpecah, Jep bersama Shuib menubuhkan kumpulan baharu dinamakan sebagai Sepahtu. Kerjaya Jep terus berkembang dengan beberapa pencapaian seperti menjuarai pertandingan Super Spontan 2013 dan Maharaja Lawak Mega 2013, naib juara Maharaja Lawak Mega 2014, Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 dan Artis Lawak MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019. Pernah membintangi filem Sofazr The Movie – Jiwa Kacau, Sepah The Movie dan Oh Mak Kau. Kemunculannya di layar kaca antaranya menerusi Sepahtu Cinta Plastik, Bujang Sepah Lalalitampom, Meja Bulat Sepahtu dan Sepahtu Reunion. Turut berkhidmat sebagai juruhebah di konti radio Sinar FM menerusi segmen Pagi di Sinar yang antara lain menampillan pelawak Rahim dan Angah.

Menamatkan zaman solo dengan aktres Sari Yanti pada 25 Februari 2017 sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Dariya Inara pada 25 April 2018. Sumber, LAB. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.