Bekas isteri sebut pasal duit hilang, tak sangka Fizo Omar tiba tiba muat naik status macam ni pulak

BEKAS isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Mawar Karim menyangkal tuduhan warganet yang mengatakan dirinya tidak bahagia selepas berpisah. Menurut Mawar atau Mawar Abdul Karim,34, dia mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bersyukur kerana tidak lagi perlu menanggung keluarga ketika masih berstatus isteri. “Masalahnya tahu ke kita ni tak bahagia? Kita pernah serumah atau pernah terkenal ke. “Alhamdulillah hidup sekarang lebih bersyukur dan tenang sebab duit sekarang tak habis lesap. “Kalau banding dulu, faham-faham sendirilah takkan nak kena cerita satu dunia apa yang saya kena tanggung selama itu.

“Yang penting kita tak kena tipu atau diperguna selama ini pun alhamdulillah syukur buat kita bahagia,” katanya. Mawar membalas komen seorang warganet yang mengatakan dia tidak lagi cantik dan bahagia berbanding ketika masih bergelar isteri kepada Fizo. Sementara itu, Mawar menitipkan nasihat kepada semua untuk mencari kebahagiaan dengan menyayangi diri sendiri terlebih dahulu. “Apa pun nasihat saya jangan kasihankan orang, kasihankan diri sendiri kalau nak bahagia,” ujarnya.

MAWAR dan Fizo bahagia jalani kehidupan masing-masing selepas buat keputusan berpisah. Dalam pada itu, Fizo Omar memuat naik satu status beserta gambar. “Small family with big happiness. ” Syukur Alhamdulillah rezeki kebahagiaan dan kesihatan dari Allah. semoga Allah berikan ketenangan buat semua. “Nota kaki : rezeki Allah ni dtg dari pelbagai bentuk, diftnah pun adalah salah satu rezeki. rezeki ujian yg akan memberikan kekuatan.

Sumber, LAB. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Isteri baru bersalin 7 bulan, terkini Fizo Omar kogsikan isteri tengah hamil 5 bulan. Baru tujuh bulan menimang cahaya mata, pelakon Fizo Omar mengumumkan isterinya,  Fazeera Nazri kini hamil anak kedua mereka. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fizo berkongsikan khabar gembira itu serta meluahkan rasa syukur di atas rezeki zuriat yang diberikan. Fizo turut memaklumkan usia kandungan isterinya sudah pun melepasi trimester pertama dan kini mencecah lima bulan. Menurut Fizo, beza anak pertamanya bersama Fazeera iaitu Wan Khaleeda dengan anak kedua mereka itu adalah 11 bulan. Fizo juga sempat berseloroh mengatakan ‘kilang’ sentiasa buka. Klik sini untuk lihat video.

Perkongsian Fizo itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang mengucapkan tahniah buat pasangan itu serta tumpang gembira dengan berita tersebut. Fizo dan Fazeera mendirikan rumah tangga pada Oktober 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata pertama, Wan Khaleeda kini berusia tujuh bulan. Sumber, Rotikaya.