Hadiahkan barang kemas pada kakaknya, terkejut bila Chef Wan peruntukkan RM10 ribu seorang

Pengacara dan cef selebriti popular, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail hari ini menghadiahkan barangan kemas kepada kakak-kakaknya. Menerusi perkongsian di laman Instagram, Chef Wan dilihat menemani dua kakaknya ke sebuah kedai emas terkenal untuk menukar emas lama milik arw4h ibu mereka kepada emas baru. Chef Wan memperuntukkan kira-kira RM10,00 setiap seorang kepada setiap kakaknya itu sebagai ‘hadiah’ untuk kedua-dua mereka menukarkan emas milik arwah ibu. Dalam hantaran sebelum ini, Chef Wan memaklumkan, tindakan mereka menukar emas lama itu kerana generasi kini lebih suka kepada bentuk dan ‘design’ emas terkini.

“Tengok sahaja telatah dua ‘sisters’ ni bawang putih dan bawang merah masuk Habib. Dah bajet seorang RM10,000 nak gelang matching (sama) pula. “Wan cincin..cincin tak ada nak satu set. Banyak cantik, kau ingat aku ni laki kamu ke? Nak cincin kena sign (tandatangan) jadi orang gaji aku bolehlah kan?,” tulis Chef Wan pada laman Instagramnya. Selepas dua kakaknya itu mencuba beberapa jenis gelang akhirnya mereka bersetuju membeli beberapa rantai dan difahamkan semua pembelian itu ditaja oleh Chef Wan. Kelihatan juga raut wajah gembira kedua-dua adik beradik Chef Wan itu selepas menerima ‘hadiah’ tersebut dan ujar mereka barang kemas itu hendak dipakainya sampai akhir hayat.

Apapun, bertuahnya dapat adik beradik yang tidak lokek berkongsi rezeki. Semoga Chef Wan sentiasa dimurahkan rezeki. Terdahulu, Chef Wan tidak dapat menahan tangisan di Konti Buletin FM ketika berkongsi cerita mengenai pemergian arwah ibunya, Allahyarham Noraini Abdullah yang pergi menghadap illahi pada 12 Januari lalu. Sumber, cari. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.