Setelah sekian lama mendiamkan diri, ini keadaan terkini Yantzen buat ramai yang simpati

Penyanyi rock popular, Yantzen Juniawan, 65, sedih dengan tindakan segelintir warganet yang tinggalkan komen kurang menyenangkan serta mendakwa dia terbabit dengan perkara negatif menerusi video yang tular di Facebook, baru-baru ini. Dalam video itu, Yantzen dilihat bercakap dalam keadaan tidak tentu arah dan seperti tidak normal. “Yantzen ketika dihubungi mengakui dia memang tidak sihat ketika itu, namun enggan mengulas lanjut mengenainya. Saya tidak sihat ketika itu dan cuba stabilkan keadaan itu. Namun, bukan saja (orang) bersimpati. Ada juga beri tohmahan,” katanya. Klik sini untuk lihat video.

Penyanyi Rusty Blade dan bekas penyanyi May itu juga reda jika orang hendak berkata apa saja. “Saya tidak mahu komen. Biar saja sesiapa yang ingin kata apa-apa pun. Terima kasih atas keprihatinan. Barakallah,” katanya kepada Harian Metro dalam mesej ringkas menerusi WhatsApp. Selain komen negatif, rata-ratanya tinggalkan komen bersimpati dengan Yantzen dan mendoakan dia sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera. Sumber, HM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.