Bertambah lagi cucu Yusof Haslam, tahniah buat Syafiq sebab isteri baru bersalin ank ketiga

Tahniah diucapkan buat pengarah terkenal, Syafiq Yusof yang sudah selamat menimang cahaya mata lelaki yang ketiga. Berita gembira tersebut dikongsikan pengarah yang juga merupakan adik kepada Syamsul Yusuf itu menerusi laman Instagram (IG). Selain memaparkan wajah bayi ketiganya yang comel itu, Syafiq, 30, turut mengumumkan nama anak yang dilahirkan iaitu Muhamad Nu’Aiman Bin Muhamad Syafiq. Anak kepada penerbit terkemuka, Datuk Yusof Haslam ini telah mendirikan rumahtangga dengan Aisyeah Zainal pada 5 April 2014 dan dikurniakan cahaya mata pertama, Nuur Jannah,7 dan Nuur Nusaybah,5. Rata-rata pengikutnya di media sosial turut menzahirkan ucapan tahniah buatnya menerusi ruangan komen. Sumber Sinar Harian.

Kredit Soya Lemon PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Puteri Sarah nak failkan untuk berpisah, Datuk Yusof Haslam pula pujuk supaya tak berpisah. Penerbit popular, Datuk Yusof Haslam memujuk menantu, Puteri Sarah Liyana agar menimbang semula keputusan mahu menuntut berpisah daripada anaknya, Syamsul. Akur pendirian dibuat Puteri Sarah seperti yang diumumkan semalam, Yusof bagaimanapun menaruh harapan agar perpisahan anak dan menantunya itu tidak akan berlaku. “Saya berbincang dengan Puteri Sarah dan memujuknya untuk mempertimbangkan keputusannya itu. “Walaupun Puteri Sarah hendak tuntut pisah hinggalah proses perpisahan itu berlangsung kerana akan mengambil masa (jika berlaku), saya akan tetap mendoakan semoga perpisahan itu tidak terjadi.

“Jika perpisahan itu tidak berlaku, saya fikir Syamsul kena banyak buat perubahan dalam hidup kerana hidup ini adalah suatu pengorbanan dan perjuangan,” katanya kepada BH Online. Semalam, BH Online melaporkan, Puteri Sarah, 38, mengesahkan memfailkan perpisahan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini. Puteri Sarah dilaporkan berkata, dia enggan melengahkan masa dan mahu memfailkan perpisahan segera. Selain itu, katanya, keputusan untuk berpisah dibuat atas persetujuan keluarga. Puteri Sarah juga dilaporkan mahu mencari ketenangan dan memulakan hidup baharu. Keputusan Puteri Sarah itu juga disahkan peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu.

Yusof berkata, sebagai orang tua, dia sentiasa mendoakan supaya ada sinar di hujung terowong di sebalik apa yang berlaku. Bagaimanapun, jika perpisahan adalah jalan terbaik dan mampu memberi ketenangan kepada Puteri Sarah, Yusof mengaku, tiada ikhtiar lain yang boleh dilakukan selain terpaksa akur dengan kehendak menantunya itu. Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana, 38, mengesahkan akan memfailkan perpisahan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, di sini, Isnin ini. “Ya betul… Seperti dinyatakan, saya enggan melengah masa dan mahu memfailkan perpisahan segera. “Saya akan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Isnin ini.

“Keputusan dibuat atas persetujuan bersama keluarga. Sebelum membuat keputusan besar dalam hidup, saya berbincang dengan keluarga dan keluarga mentua terlebih dahulu. “Mereka menghormati keputusan saya mahu berpisah dengan suami, Syamsul Yusof. Lebih cepat, lebih bagus agar saya tidak lagi terbeban dengan konflik rumah tangga. “Saya mahu cari ketenangan dan mulakan hidup baharu,” katanya ketika dihubungi BH Online. Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu berkata, dia bersyukur keluarga dan keluarga mentua tidak menghalang setiap keputusan yang dibuat. “Sebelum ini, saya tidak pernah menyorok apa-apa masalah daripada pengetahuan keluarga. “Jadi, mereka faham keadaan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.

“Sudah masa segala-galanya ditamatkan segera. Saya tekad, enggan menoleh ke belakang lagi,” katanya. Hari ini, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah memberitahu pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie akan memfailkan perpisahan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin ini. “Hanya permohonan pisah akan difailkan Isnin ini,” katanya kepada portal Utusan. Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu. Namun, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tidak pernah membuka mulut mengenainya. Susulan pengakuan Syamsul berhubung pernikahan keduanya dengan Ira Kazar di Thailand serta penjelasan di sebalik kontroversi terjadi, topik terbabit hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ dalam Twitter. Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun. Sumber : BHARIAN ONLINE.