Baru je tunjuk kereta baru sekali Amir tiba tiba buat permohonan maaf pada pemilik kereta ni, rupanya ini yang terjadi

Baru je tunjuk kereta baru sekali Amir tiba tiba buat permohonan maaf pada pemilik kereta ni, rupanya ini yang terjadPelawak Amir Raja Lawak, 34, memohon maaf kerana mengelirukan ramai dengan nombor pendaftaran kereta baharunya yang disunting dalam hantaran gambar terdahulunya. Amir berkata, nombor pendaftaran sebenar keretanya adalah AME1219 dan bukannya AME12. Dia juga berharap pemilik sebenar nombor pendaftaran kereta itu turut memaafkannya. “Assalamualaikum. Saya rasa lepas saya ‘post’ gambar bersama kereta tadi, ada salah faham sebab orang anggap nombor saya dua angka itu.

“Sebenarnya ini nombor saya yang betul iaitu AME1219. Nombor 19 yang belakang itu tarikh lahir saya. Gambar penuh plat saya tadi, saya ‘edit’. “Dengan ini saya minta maaf juga banyak-banyak kepada pemilik nombor plat AME12,” katanya. Semalam, Amir berkongsi kegembiraan berjaya memiliki kereta baharu hasil titik peluhnya dalam perniagaan dan industri seni. Dia turut memuat naik gambarnya bersama kenderaan jenis Perodua Alza dengan menggubakan nombor pendaftaran AME12. Namun sejurus itu, Amir memuat naik perkongsian baharu menjelaskan kekeliruan terbabit.

Kais pagi makan pagi, kasi petang makan petang. Barangkali peribahasa tersebut sesuai menggambarkan kehidupan sesetengah rakyat Malaysia yang terus terhimpit disebabkan pandemik Covid-19. Tidak terkecuali, Amir Raja Lawak. Amir atau nama sebenarnya, Mohammad, Amirullah Azmi, 32, kini membocorkan satu lagi sumber rezeki dengan menjual air minuman di tepi jalanan secara kecil-kecilan dengan jenama, Air Jagung Amirreka. Kesungguhan dan kecekalan Amir yang pernah menyertai program realiti, Raja Lawak musim ketiga mendapat perhatian warganet dalam gelanggang media sosial. Masing-masing memuji kesedapan air jagung yang dijualnya.

“Dekat tepi jalan sahaja dan sedap sangat air jagung dia jual. Pekat dan tak terlalu manis. Yang duduk area Kajang bolehlah sokong perniagaan dia,” ciap seorang pengguna Twitter, @AidaSue. Berdasarkan tinjauan Kosmo! Online, selain mengerah tenaga dan berpanas bawah terik mentari, Amir yang juga suami kepada Nur Intan Syafinaz Shaari itu ligat memperomosikan jenama minumannya menerusi akaun Instagram, @airjagungamirreka_hq. Biarpun diduga dengan rezeki dalam bidang lakonan dan komedi yang tidak menentu, anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu tetap berjaya muncul dengan drama terbaharu terbitan Awesome TV berjudul Man Transform. – K! ONLINE