Dalam penghijraan ini banyak cabarannya dan banyak perlu dibaiki kata Irma Hasmie

Lama tidak mendengar khabar pelakon dan pengacara Irma Hasmie, 41. Sedikit masa lalu, wajahnya sering menghiasi drama dan rancangan televisyen (TV) tempatan. Pertemuan dengan Irma pada majlis anjuran platform penstriman Nurflix, baru-baru ini membuka ruang mendapatkan perkembangan terbarunya. Kata Irma, dia tidak pernah memperlahankan aktiviti seni, sebaliknya masih aktif dengan kerja di belakang tabir. Kalau dahulu memang saya all out, cuma bergantung kepada masa. Tetapi, sekarang saya tidak lagi mengejar, sebaliknya lebih selesa melakukan kerja seni mengikut kesesuaian masa.

Tambahan pula saya sudah berkeluarga dan bergelar ibu. Jadi, keutamaan memang pada keluarga dan saya kena lihat kesesuaian masa sebelum menerima sesuatu tawaran,” katanya. Dalam perkongsiannya, Irma turut menceritakan tentang penghijrahan yang baginya adalah proses yang berterusan. Kata Irma, bukan mudah untuk istiqamah ke arah kebaikan dan perkara tersebut memerlukan sokongan orang terdekat. Nampak penghijrahan ini sudah lama, tetapi sebenarnya banyak lagi yang perlu saya perbaiki. Ilmu (agama) itu luas, masih banyak yang kita tidak tahu. Selepas belajar sesuatu ilmu, kita kena amalkan dan istiqamah. Perkara itu ada naik turunnya.

Istiqamah bukan mudah kerana iman kita sentiasa diuji. Ia bergantung kepada komitmen kita untuk mengimbangi antara dunia dan akhirat,” ujarnya. Bersyukur kerana memiliki kawan-kawan yang setia menyokong dan sentiasa mengingatkan ke arah kebaikan. Proses perubahan ke arah kebaikan bagi saya tidak pernah habis, ia sentiasa berjalan. Ia tidak mungkin habis, malah perjalanan itu masih terlalu jauh. Saya manusia biasa, ada masanya saya juga mahu berhibur dan berseronok. Tetapi, berpada-padalah dan perkara itu memang ujian. Penghijrahan ini dikuatkan dengan sokongan kawan-kawan. Ada kala jika kita terleka atau terlepas ke majlis ilmu contohnya, mereka yang banyak mengingatkan. Saya bersyukur kerana ada rakan-rakan yang sentiasa mengingatkan saya tentang agama. Mereka adalah penguat yang mendorong saya ke arah kebaikan. Sumber Utusan.

Kongsi Irma, menjadi tanggungjawab sebagai seorang mukmin untuk mengajak insan lain ke arah kebaikan. Namun katanya, cara yang paling baik adalah dengan menjadi teladan dan memperbaiki diri sendiri. Memang kita mahu mengajak kawan-kawan ke arah kebaikan, tetapi ada cara melakukannya. Kita bukan sempurna, tetapi kita boleh cuba menunjukkan contoh yang baik.

Dakwah boleh dilakukan dengan pelbagai cara, ada yang tidak perlu menggunakan kata-kata. Cara paling baik adalah dengan memperbaiki diri dan cuba menjadi tauladan kepada orang lain. Kongsi Irma, dia juga gembira apabila ada rakan artis memilih jalan untuk berhijrah dan istiqamah dalam melakukan kebaikan. Kawan-kawan artis juga ada. Tahun pertama saya berhijab, ada seorang rakan artis menegur dan bertanyakan keputusan saya untuk bertudung. Saya gembira kerana dia turut mengenakan hijab, malah saya kagum dengan peruba­hannya.

Kredit Murai PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.