Bilal pun ikut ke Tanah Suci, Neelofa dan Ustaz Haris luah rasa teruja bila pertama kali nak bawa Bilal mengerjakan umrah

Usahawan dan selebriti popular tanah air, Noor Neelofa dan suaminya Haris Ismail (PU Riz) akan menunaikan umrah bersama anak mereka iaitu Muhammad Bilal. Menerusi laporan, Neelofa dipercayai bakal berangkat hari ini. Tambah Neelofa, dia sudah membuat persediaan dari segi ubat-ubatan dan vaksin yang lengkap buat anak putera sulungnya itu. “Teruja. Pada masa yang sama rasa gementar sebab anak masih kecil. Apapun kita kena pastikan dia dah menerima vaksin dan suntikan yang lengkap untuk umur dia. Saya sediakan ubat yang sesuai dengan umur dia. Ubat batuk, demam dan lain-lain dah minta dekat doktor. Selain itu, doa banyak-banyak.

Ujar PU Riz pula, dia dan isteri sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Bilal ke Tanah Suci. “Doa Allah beri kesihatan yang baik. Kami gembira sebab memang ada hasrat nak bawa Bilal. Ikutkan trip ni nak bawa ramai keluarga. Tapi sebelah isteri ramai yang turut serta. Menerusi pemerhatian kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila turut membawa anaknya Jebat Jayden ke Tanah Suci.

Sumber: Astro Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Pakej Umrah mencecah RM35k, sekali ini pula kata kata Neelofa tentang harga pakej Umrah ni. SELEPAS menerima banyak kritikan kerana terlibat dengan pakej umrah yang menawarkan harga terlalu tinggi sehingga RM35,000, pengacara dan usahawan Neelofa akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar. Kata Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, gambaran ‘pakej kayangan’ seperti yang disebut-sebut itu juga adalah sangat berbaloi dengan perkhidmatan ditawarkan syarikat Omrah Travel Sdn Bhd. “Susah nak jelaskan satu persatu apabila ada yang mempertikaikan harga terlalu tinggi kecuali jika mereka sendiri dapat merasakan pengalaman dengan pakej tersebut.

“Malah ada keluarga terdekat yang bercakap perkara sama. Sebab itu dalam perkongsian sebelum ini saya cuba terangkan perkhidmatan tersebut. kalau hendak dibandingkan ada pakej lain dengan perkhidmatan sama menelan belanja lebih RM50,000. Saya sudah beberapa kali ke sana dan mengikuti pakej ini. Memang memudahkan dengan jarak antara tempat penginapan dan masjid sangat dekat. Tambahan pula bagi kaum wanita, ia lebih mudah untuk ulang-alik ke masjid,” katanya.

Neelofa ditemui di majlis kursus umrah anjuran syarikat berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad di mana suaminya juga iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris turut hadir sama. Mereka sekali lagi akan berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Khamis ini bersama-sama 50 orang jemaah lain yang telah berdaftar. Lebih membuatkan rasa teruja, ini merupakan umrah pertama Neelofa dan suami membawa anak mereka Muhammad Bilal. “Mestilah gembira kerana dapat bawa anak bersama. Kami dapat mencipta satu memori bersama keluarga di sana nanti. Sebagai ibu saya sudah pastikan Bilal mendapat suntikan vaksin. Sebelum berangkat segala ubat-ubatan untuk anak sudah disiapkan kerana kita tahu di sana terdedah dengan ramai orang dari pelbagai negara,” ujarnya.

Bercakap tentang penglibatannya dalam pakej berkenaan, Neelofa dan suami akan turut mengadakan sesi majlis perkongsian ilmu bersama jemaah sebagai salah satu aktiviti pengisian di sana. Saya ini tidaklah banyak ilmu, tetapi bolehlah berkongsi serba-sedikit. Majlis ilmu tersebut akan di adakan di sana sebagai satu pengisian pakej umrah kami,” jelasnya. Sementara itu menurut Pengerusi Eksekutif Omrah Travel iaitu Datuk Ahmad Tajuddin Idris, pihaknya juga merancang untuk membuka tawaran pakej VVIP berharga RM200,000 di mana perkhidmatan yang ditawarkan lebih eksklusif.

Sumber, Mstar.