Berlari menuruni bangunan asrama setinggi lima tingkat dalam keadaan sehelai sepinggang, demikian pengalaman yang dikongsi Zahirul Amin Mohamad, 21, pelajar tahun dua pengajian Sejarah Islam, Universiti Gaziantep, Turkiye saat gempa bumi membdai negara itu. Mengimbau detik sebelum gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter baru-baru ini, Zahirul ketika kejadian sedang menonton televisyen. Mengakui masih trauma walaupun berlaku gegaran kecil, mahasiswa itu yang kini berada di bawah jagaan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara menceritakan kejadian cemas yang dilaluinya.
Kami sering mengalami gegaran kecil di sini (Gaziantep), sekali sekala. Jadi, saya tidak ambil kisah pada mulanya. Tapi pada Isnin, selepas beberapa gegaran kecil, ia berlainan sekali. Kami betul-betul bergoncang (gegaran yang sangat kuat). Pada mulanya, saya tidak tahu apa perlu dilakukan. Asrama saya di tingkat lima dan bila saya lihat rakan di aras sama berlari turun. Saya pun ikut berbuat demikian. Sumber Sinar Plus. Sebelum gegaran susulan, Zahirul berkata dia dan rakan lain termasuk seorang lagi pelajar Malaysia Wan Isyraf Wan Haziq, 19, yang baru empat bulan mengikuti pengajian Bahasa Turki di universiti sama, telah pulang ke bilik masing-masing untuk mendapatkan barangan keperluan. Menurutnya, walaupun bangunan asrama didiaminya tidak terjejas, namun gempa bumi itu telah mengakibatkan berlakunya retakan dan menyebabkannya tidak selamat untuk diduduki.
Dalam keadaan bencana, anak muda Malaysia itu tinggal di masjid berhampiran pada hari pertama sebelum ia bertukar menjadi sesak. Kedua-dua pelajar Malaysia itu kemudiannya telah dihubungi oleh Kedutaan Besar Malaysia di sana. Menurut Zahirul, hari pertama gempa sehingga ke hari ini, gegaran demi gegaran dirasai mereka di sana. Jika diberi pilihan oleh pihak universiti, beliau ingin mengikuti pelajaran secara ‘online.’
Gempa bumi yang berpusat di wilayah Kahramanmaras di tenggara Turkiye, kira-kira 78 kilometer dari Gaziantep dikatakan gempa paling kuat melanda wilayah itu dalam tempoh lebih 100 tahun dan setakat ini telah mengrbnkan 10,000 orang di Turkiye dan Syria. Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal berkata pihak kedutaan sedia membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat gempa bumi itu. Moga dipermudah urusan rakyat Malaysia di sana dan keadaan baik-baik sahaja. Kredit Sinar Harian PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.