Dalam diam rupanya dah bertunang tahun lepas, bakal suami Raysha Rizrose bukan orang biasa biasa

PELAKON Raysha Rizrose mengumumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan pelumba kereta Formula 3, Nabil Jeffri pada 22 Disember tahun lalu. Berkongsi mengenai perkara itu, Raysha atau Farza Nurrquraisha, 27, berkata majlis pertunangan berkenaan telah diadakan secara tertutup dihadiri oleh keluarga terdekat di Tropicana Golf & Country, Petaling Jaya, Selangor. “Alhamdulillah. Pertunangan ini adalah sebagai tanda satu langkah ke fasa seterusnya. Kami pun sudah lama berkawan. “Pada majlis tersebut, family Nabil datang merisik dan kami bertunang,” katanya ketika dihubungi.

Raysha sebelum ini berkongsi beberapa keping gambar majlis pertunangan tersebut di laman Instagram miliknya pada Selasa. Lewat mengumumkan berita gembira itu, Raysha berkata dia sebolehnya tidak mahu pertunangan ini menjadi buah mulut orang sebelum mereka sah bergelar suami isteri. “Kata orang kalau tunang tak elok nak kecoh-kecoh. Sebab itu saya lambat post gambar tersebut,” jelasnya. Tambah Raysha, dia dan Nabil kini sedang sibuk mempersiapkan diri menjelang hari bahagia mereka namun masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh sebenar.

Bercakap tentang persediaan bergelar isteri, Raysha berkata dalam usia sebegini sebagai seorang wanita seharusnya sedia untuk menggalas tanggungjawab tersebut. “InsyaAllah majlis pernikahan kami dalam masa terdekat. Sekarang tengah sibuk buat persiapan. Nanti saya akan umumkan. “Sekarang ini usia pun dah semakin meningkat. Tak rasa pun terlalu awal kahwin. Jadi dah memang sedia untuk bergelar isteri,” ujarnya. Sumber, mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.