Ramai yang anggap Syamel kini jadi suri rumah, sekali ini pula penjelasan dari tuan badan

Penyanyi Syamel tidak menyalahkan segelintir warganet yang mempunyai tanggapan bahawa dirinya kini hanya duduk rumah menjadi suri rumah tangga sahaja. Memetik laporan Utusan, gara-gara dia kerap memuat naik hantaran yang berkaitan dengan anak dan keluarga membuatkan mereka berfikiran seperti itu. Saya tidak salahkan mereka yang anggap begitu. Saya sendiri bila tengok hantaran di media sosial, lebih berkisarkan keluarga. Gambar anak yang banyak. Mungkin saya teruja dan lebih banyak berkongsi perihal anak,” katanya. Namun, suami kepada penyanyi Ernie ini memberitahu dia akan kembali aktif berkongsi soal kerja sahaja.

Macam saya cakap, tahun ini ada perancangan besar yang akan dilakukan. Saya akan mula menjaga feed media sosial. Bukan menyesal tau. Bila banyak sangat gambar keluarga, mungkin orang dah lupa saya sebagai penyanyi. Tugas saya untuk kembali aktif dan mengingatkan mereka, saya penyanyi. Disoal sama ada dia berkecil hati tentang tuduhan yang mengatakan dirinya lebih selesa menjadi suri rumah tangga, dia tidak terasa kerana sudah menjadi tanggungjawabnya menjaga keluarga dengan baik.

Saya tidak ada masalah. Rasanya peminat tahu perancangan kerjaya seni saya. Kita tidak boleh halang orang untuk berkata-kata. Masing-masing boleh buat andaian dan pendapat. Asalkan saya tahu tanggungjawab sebagai suami dan bapa, jaga keluarga dengan baik, andaian seperti itu tidak menyesakkan saya. Lagipun, awal tahun, kebanyakan penyanyi berehat dahulu. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.