Dah berhabis duit hampir RM80k, tapi ini pula yang jadi pada rumah ibu bapa mertua Mark Adam

Terbaru satu video di Instagram yang telah dimuat naik oleh Mark Adam telah mendapat perhatian dari warganet. Impian penyanyi Mark Adam membina sebuah kediaman buat ibu bapa mentuanya seakan terkbr apabila kontraktor yang diupah untuk membuat rumah tersebut melarikan diri. Lebih malang, Mark Adam sudah pun membuat bayaran penuh kepada kontraktor namun kerja-kerja pembinaan kediaman tersebut dilihat masih terbengkalai. Kata Mark Adam, pihak kontraktor ada memintanya membuat pembayaran tambahan hampir RM80,000 bagi menyiapkan rumah tersebut. Sumber Murai. Klik sini untuk lihat video.

Dalam pada itu, Mark meluahkan rasa kesal kerana telah berjanji dengan ibu bapa mentuanya untuk berpindah di kediaman baharu sebelum sambutan Aidilfitri April ini. Tambahnya lagi, dia sudah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap kejadian itu. Mark juga memaklumkan bahawa dia terpaksa menukar kunci rumah kerana kontraktor yang diupahnya tidak memberikan salinan kunci untuk dia masuk ke kediaman berkenaan.

Sumber, cari. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.