Siapa tidak sedih bila kumpulan yang kita gemari akhirnya berpecah dan tidak lagi bersama. Itulah apa yang sedang dilalui kumpulan pelawak Sepahtu yang semakin berpecah. Bagaimanapun, Jep meminta peminat untuk berhenti mempersoalkan tentang mengapa kumpulan Sepahtu tidak kembali bersatu semula. Masing-masing ada tanggungjawab. Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin menganggap setiap ahli kumpulannya sudah memilih untuk membawa haluan masing-masing sekaligus menjadikan faktor mereka tidak lagi bersama. Susah, masing-masing dah ada commitment, rezeki, keiinginan masing-masing.
Kalau sorang tak nak buat, takkan la saya nak berhenti. Ni lah tempat saya cari makan. Jadi, saya kena terus berjalan, saya ada benda nak kena tanggung. Ada wife, ada anak-anak. Sudah puas pujuk dan ajak Shuib tapi itu pilihannya… Bukan itu sahaja, suami kepada aktres jelita Sari Yanti itu juga berkata dia sudah puas memujuk ahli kumpulan lain untuk meneruskan Sepahtu, namun terpaksa akur dengan keputusan mereka. Nak kata pujuk dah pujuk, nak kata ajak, dah ajak. Tapi kita kena hormat keputusan orang lain. Apapun, kita doakan sahaja yang terbaik buat mereka dan sokong usaha mereka hiburkan kita. Shuib tak pernah kata tinggalkan Sepahtu. Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib, 39, tidak pernah merajuk dengan Sepahtu, meskipun ramai membuat pelbagai andaian apabila membuat keputusan untuk tidak bergerak bersama kumpulan itu lagi.
Menurut Shuib, selama ini, dia tidak pernah menyatakan secara rasmi keluar daripada Sepahtu. “Tiada istilah merajuk. Saya masih lagi bersahabat dengan anggota Sepahtu. Seingat saya, tidak ada sekalipun saya cakap sudah keluar kumpulan itu. Apatah lagi, Sepahtu yang membuka rezeki buat saya dalam industri. “Jika orang masih panggil saya sebagai Shuib Sepahtu, saya tidak kisah. Saya faham apabila terlalu lama dalam kumpulan, memang nama itu akan melekat,” katanya. Shuib berkata demikian ketika ditemui pada sidang media rancangan komedi UBI Superstar Live, semalam.
Terdahulu, Shuib dan Ajak Shiro diumumkan sebagai pelawak undangan yang akan bergandingan dengan Fad Bocey, Sharif Zero dan Namie bagi merancakkan lagi program komedi tersebut. Shuib bagaimanapun tidak menafikan, Sepahtu Reunion tetap berada di hatinya, meskipun kini terlibat dalam program bersama kumpulan UBI. “Saya meletakkan Sepahtu Reunion sebagai program paling menarik dan seronok pernah saya buat. Sehingga sekarang, ia masih lagi ‘best’. “Lima tahun saya bersama Sepahtu Reunion dan lebih 100 episod telah saya buat. Cuma kali ini, saya terima pelawaan UBI untuk tukar angin baru.
“Sudah sampai masanya dan insya-Allah, saya akan berikan yang terbaik menerusi program ini,” katanya. Program UBI Superstar Live akan bersiaran di Astro Warna bermula 23 Februari ini. Kelima-lima mereka akan menghiburkan penonton menerusi garapan. Sumber, Limau Asam Boi. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.