Minta warganet doakan, macam dah tak lama je Shuib dengan Watie nak kahwin

Shamira Muhammad berusia 38 Tahun atau lebih dikenali sebagai Shuib Sepahtu merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penyampai radio dan juga seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Selepas isterinya Siti Sarah Raisuddin pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 yang lalu, Shuib menguruskan sendiri anak-anaknya sehingga kini dengan bantuan dari ibunya. Bagi shuib menjaga anak-anak seorang diri bukanlah perkara yang mudah kerana dia juga perlu menjaga perniagaannya. Namun baru-baru ini di tiktok milik kelab peminatnya, @shuibsepahtu53, memuatnaik sebuah video berdurasi 12 saat itu menulis Shuib memohon doa daripada orang ramai mengenai perkahwinannya nanti. Klik sini untuk lihat video.

Insyaallah kami akan uar-uarkan.. Doakan majlis kami nanti dipermudahkan – katanya Di ruangan komen video tersebut, dipenuhi dengan doa dari peminat shuib agar dipercepatkan dan dipermudahkan urusan majlisnya nanti. Namun sehingga artikel ini ditulis, tiada lagi pengesahan rasmi dari tuan badan, malah di akaun peribadi Shuib, dia tidak menyatakan apa-apa mengenai perkahwinannya dengan Watie. Walaubagaimanapun, sebelum ini Shuib menyatakan, dia dan pasangan pilihannya iaitu Watie kini dalam fasa mengenali hati budi masing-masing. Tambahan pula kata shuib, dia menginginkan anak-anaknya serta ibunya selesa dengan Watie sebelum mereka disatukan.

Bagi Shuib dia mendahulukan kemahuan dan keperluan ibunya serta anak-anaknya sebelum kemahuan dan keperluannya sendiri. Dia menegaskan juga bahwa Watie mempunyai sikap yang sama seperti arwah isterinya iaitu penyayang, penyabar serta pandai mengambil hati pasangannya. Shuib berkata dia masih lagi merancang perkahwinanya itu cuma belum tahu bila  tarikhnya. Apapun kami turut mendoakan kebahagiaan Shuib dan bakal isterinya. Sumber, TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.