Tular Kedai Shawarma Popular di Bukit Bintang kenakan caj harga makanan yang melampau, sekali ada juga yang dedah pasal ni

Sejak beberapa bulan ini, beberapa kedai di Bukit Bintang sering menjadi tumpuan orang ramai kerana menawarkan shawarma. Malah, dikatakan orang ramai dikatakan sanggup beratur panjang dalam tempoh yang panjang bagi mendapatkan hidangan yang sedang trending ini. Di sebalik memiliki jumlah pelanggan yang ramai, sebuah kedai shawarma popular di Bukit Bintang didakwa mengambil kesempatan dalam mengecas pengguna dengan harga yang berganda serta tidak masuk akal.

Menerusi perkongsian TikTok @dakajlaa66 , beliau memaklumkan telah membeli 2 shawarma beserta tambahan humus. Isu menjadi lebih serius apabila beliau dicas sebanyak RM98 untuk dua shawarma yang dipesan sedangkan harga bagi dua shawarma tersebut hanyalah sekitar RM29.80. Menyedari awal kejadian yang berlaku, beliau terus memaklumkan kepada pihak cashier tersebut. Wanita ini memaklumkan pihak cashier tersebut telah memulangkan wang semula selepas dimaklumkan kes yang berlaku. Perkongsian ringkas yang dibuat turut mendapat perhatian para warganet yang memaklumkan pihak pekedai sering kali ‘tersilap’ dalam memberi jumlah harga. Bukan itu sahaja, terdapat pembeli yang memaklumkan telah membayar sebanyak RM160 untuk 3 shawarma ayam dan 3 shawarma daging.

Sehubungan dengan itu, wanita ini menasihatkan orang ramai agar berhati-hati sewaktu membuat pembayaran khususnya mereka yang membuat bayaran menerusi kad kredit atau debit agar tidak menjadi mangsa membayar lebih daripada sepatutnya berikutan kekalutan di kedai tersebut. Kredit Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.