Tak datang sidang media drama, tak sangka rupanya Sophia Albarakbah ada dekat lokasi ni

Teguh berdiri sekali lagi mempertahankan rumah tangga dengan suami tersayang, pelakon Bella Astillah yakin Aliff Aziz ingin berubah daripada ‘penyakit’ lama. Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah menjawab kenyataan sebilangan warganet yang cakap, kalau bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi susulan diganggu pelakon Sophia AlBarakbah. “Sebab Aliff risaulah dia suruh saya datang set penggambaran (drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah). “Aliff manusia bukan malaikat. Dia ada niat nak berubah,” jelasnya menerusi satu balasan dalam ruangan komen hantaran status terbaharu Instagram.

Terdahulu, Bella, 29, mendedahkan menerusi platform media sosial tersebut perbualan antaranya dengan wanita yang mengurat Aliff iaitu pelakon, Sophia AlBarakbah. Peserta program nyanyian, Famili Duo itu berkata, pendedahan tersebut terpaksa dilakukan selepas terdapat pihak yang mendakwa dia memfitnah Sophia mengganggu suaminya. “Kenapa lari dan tidak datang sidang akhbar tadi? Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak,” katanya. Hari ini, Aliff, 32, mengesahkan aktres yang dimaksudkan isterinya sememangnya Sophia yang merupakan heroin bagi drama lakonan mereka iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Namun, Sophia bagaimanapun tidak muncul pada sidang akhbar hari ini dengan alasan terikat dengan urusan kerja iaitu penggambaran drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah. Isnin lalu, Bella mendedahkan heroin sebuah drama mengakui menyukai Aliff selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah.

Usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada pelakon meningkat naik, Sophia AlBarakbah berhubung isu ‘jatuh hati’ terhadap aktor Aliff Aziz gagal apabila pelakon itu tidak hadir ke sidang media drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah hari ini. Perkara itu dimaklumkan sendiri pada saat akhir oleh wakil produksi dikenali sebagai Farid yang memberitahu ketidakhadiran Sophia berpunca akibat pertukaran jadual. “Heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bimillah (Sophia) tidak dapat hadir dan sedang menjalani penggambaran di Subang, Selangor. “Sophia terpaksa menyelesaikan penggambaran yang masih berbaki sebelum dia berangkat ke Jakarta, Indonesia pada esok,” ujarnya.

Pada masa sama, Farid yang mewakili Sophia turut memohon maaf kepada sekitar 20 orang wakil media yang datang dan meminta semua untuk memahami masalah tersebut. “Saya faham perkara ini tidak sepatutnya berlaku namun babak membabitkan Sophia perlu teruskan juga demi memastikan kelancaran penggambaran drama ini. Saya mewakili Sophia mohon maaf,” katanya. Bagaimanapun, hero drama berkenaan, Aliff Aziz mengotakan janji apabila muncul lebih awal dan bersikap profesional apabila hadir ke sidang media hari ini bagi mempromosikan drama arahan pengarah, Osman Ali itu.

Terdahulu, nama Sophia tiba-tiba meledak selepas Bella yang juga isteri kepada Aliff mendedahkan seorang heroin sebuah drama mengakui menyukai suaminya selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah. Tanpa mendedahkan nama, Bella bagaimanapun menasihatkan aktres tersebut menjaga maruah diri sebagai seorang wanita dan berhenti mengganggu lelaki berstatus suami orang. Aliff ketika ditemui media hari ini mengesahkan pelakon yang dimaksudkan Bella itu adalah Sophia. Perkara itu diakui Aliff, 32, susulan ketika ini dia hanya menjalani penggambaran untuk sebuah drama sahaja iaitu Ku Akad Kau Dengan Bismillah bersama pelakon berusia 29 tahun itu.

Sumber, Kosmo. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.