Video suami Fatin Afeefa perli dekat mahkamah, tapi ini pula respon selamba dari Adam Shahz

Pelakon Adam Shahz akui hanya mengetahui mengenai video dirinya disindir suami pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang di Mahkamah Syariah Shah Alam baru-baru ini selepas dikirimkan oleh seseorang kepadanya. Pun begitu, Adam tidak berniat hendak mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan. “Saya sebenarnya tak tahu menahu mengenai video itu sehingga ada orang yang mengirimkan kepada saya. Itu pun selepas saya pulang dari mahkamah. “Saya pun tak tahu nak komen apa sebab saya rasa lebih baik saya berdiam diri sahaja,” katanya. Adam ditemui ketika Malam Gala Tayangan Fielm Coast Guard di Dadi Cinema, Pavilion malam semalam.

Pada prosiding perbicaraan kali pertama Hak Penjagaan Anak mereka di Mahkamah Syariah Shah Alam, minggu lalu suami Fatin didakwa memerli Adam apabila berkongsi sebuah video menyebut tentang satu petikan yang digantung pada dinding di perkarangan mahkamah tersebut. “Gunalan akal anda seolah-olah nywa anda bergantung kepadanya,” tulis petikan berkenaan. Apabila ditanya apakah perasaannya diperlaku begitu, Adam akui sudah lali. “Selama lima tahun berpisah dengan Fatin pun banyak perkara dah berlaku sehingga saya dah lali.

“Jadi apa lah sangat apa yang bekas suami dia buat kepada saya ini,” responnnya. Sebelum ini, Adam dan Fatin gagal mencapai kata sepakat berhubung penjagaan anak perempuan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Sehubungan itu, proses sulh bagi membincangkan pertikaian tersebut akan disambung pada 28 Februari ini sebagai sebutan semula hak penjagaan anak mereka di hadapan hakim. Kredit, astro gempak

Halang bekas suami jumpa anak, sekali Adam Shahz dedah ada sesuatu yang Fatin Afeefa risaukan. Pelakon Adam Shahz mendedahkan sudah beberapa minggu tidak bertemu dengan anaknya ekoran dihalang bekas isteri, Fatin Afeefa. Adam atau Nor Shah Azli Abdol Ghani, 41, berkata, Fatin menghalang mereka bertemu kerana bimbang lebih banyak rahsia peribadinya terbongkar. Disebabkan itu, Adam sudah memfailkan laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi menuntut hak penjagaan sekali gus menyelesaikan masalah di antara mereka.

“Dia tahu kalau saya jumpa anak, banyak lagi rahsia akan terbongkar. Sebab itu halang saya jumpa anak dan saya sendiri sudah beberapa minggu tak tahu tentang keadaannya. Sebelum ini dia ada hantar orang tengah untuk bercakap dengan saya, tetapi sekarang lebih baik selesaikan perkara itu di mhkamah,” katanya. Terdahulu, Adam ada memuat naik video perbualan dengan anaknya, Ivy Herra Sophia, 7, yang mana kanak-kanak itu mendedahkan ibunya sudah mempunyai teman lelaki dan beberapa perbuatan aktres itu. Dalam satu perkongsian lain, Adam turut kesal apabila terdapat segelintir warganet yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya meskipun tidak mengetahui fakta sebenar.

Menurut Adam, selepas berpisah dengan Fatin pada Mei 2017, dia lebih selesa mengambil langkah berdiam tanpa membuka sebarang kisah atau masalah yang pernah berlaku antara mereka. Bagaimanapun tdvhan segelintir pihak terhadapnya membuatkan dia lebih berani bersuara dan mempertahankan haknya. “Selama ini saya hanya berdiam sahaja. Orang bercakap buruk tentang pun, saya tetap tak ambil peduli kerana apa yang telah berlaku biarlah saya sahaja tahu. Tapi semakin lama, orang mula menyalahkan saya tentang perpisahan kami sebelum ini,” jelasnya. Untuk rekod, Adam dan Fatin mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 namun berpisah empat tahun kemudian. Sumber, Mstar Online