Kecoh pasal isu orang ketiga, Sharifah Shahirah dedah ada juga individu yang nak cuba suami dia

Akibat tidak menyebelahi mana-mana wanita yang ditakdirkan hidup berpoligami, pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah dikritik sehingga ada yang sanggup mendoakan dia menerima nasib sama. Shahirah yang mesra disapa Rara berkata, sebagai wanita dia lebih selesa bersikap ‘neutral’ dan tidak menyokong mana-mana pihak. “Saya seorang yang suka tengok perangai masing-masing. Kadang-kadang saya sokong isteri pertama dan ada ketika saya suka dengan isteri kedua.

“Disebabkan itu, ada yang menyelar dan mendoakan saya menerima nasib sama. Sebenarnya ramai yang pernah cuba mendekati suami saya, tapi saya tidak pernah srng wanita itu. “Bayangkan kami pernah duduk bersebelahan sedangkan saya tahu dia pernah ‘try’ suami saya. Namun, saya memilih untuk pandang dia saja. Saya percaya kepada ketentuan Allah SWT. Kalau ditakdirkan dia bersama suami saya ketika itu, dia akan hadapi perasaan apa yang saya rasa. “Alhamdulillah bila saya fikir begitu, Allah SWT kurniakan saya rezeki yang lebih besar. Kita tak perlu nak tunjuk kebahagiaan pada semua orang,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya bagaimana dia boleh menghidu ada wanita cuba mendekati suaminya, Shahirah berkata, naluri isteri sangat kuat dan mudah mengenal pasti tingkah laku suaminya. “Kalau wanita berkenaan semurah itu (cuba goda suami orang), jadi dia memang begitulah. Lama kelamaan saya percaya orang akan tahu diri kita bagaimana. Tak perlu saya nak tunjuk diri ini baik sebab kita pun bukanlah sempurna. “Saya pernah berniat untuk meminta wanita berkenaan supaya jelaskan tapi tak sampai hati sebab kasihan. Jadi, saya bersabar dan minta suami berterus terang dan berbincang mengenai hal ini.

“Saya beritahu dia, naluri isteri kuat dan dapat rasa. Lagipun kami bekerja dalam bidang yang sama. Kita tak perlu cari salah masing-masing sedangkan orang biasa pun akan ada yang sampaikan maklumat. “Selebihnya saya cuba sabar sebab inilah yang dikatakan sabar itu separuh daripada iman” katanya. Menurut Shahirah, sebagai wanita dia tidak pernah memandang serong terhadap mana-mana wanita yang ditakdirkan berkongsi kasih. Saya ada ramai kenalan yang bergelar isteri pertama, kedua dan ketiga. Itu hak mereka. Jadi kalau ada yang nak ‘menyondol’ ke apa, tidak perlu mengata orang .

“Kalaulah terjadi kepada saya, mungkin saya tidak rasa nak tarik rambut perempuan itu. Lebih baik tengok, tenung sambil cakap ‘kau siap’. Tapi tak pastilah apa yang berlaku dalam perjalanan hidup saya. Cuma saya mampu berdoa, tawakal dan berserah. Masing-masing kena kawal diri. Saya pun tak boleh nak cakap lebih kerana kita pun ada anak perempuan. Jadi kena beringat sajalah. Saya selalu ingatkan anak-anak,” katanya. Sebelum ini Pelakon, pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah jadi perhatian ramai selepas berkongsi video bersama anak-anaknya di media sosial TikTok baru-baru ini.

Video tersebut memaparkan gelagat Sharifah menunjukkan imej anak-anaknya dari sisi berbeza. “Anak aku dah macam Janna Nick cerita Coffee Prince. Aira, duduk macam lelaki. Yang lelaki duduk macam perempuan,” katanya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkesima melihat wajah anak-anak Shahira bersama suaminya, pelakon Ijoy Azhari yang amat unik. Berdasarkan pemerhatian, ramai memuji wajah anak lelaki Shahira persis seperti penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Conan Gray. Dalam pada itu, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Shahirah yang menyakat anak-anaknya. Sekadar info, Sharifah berkahwin bersama Ijoy pada 2003 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Airell, Airra, Audrra dan Adeena. Manakala anak sulungnya, Allisya adalah hasil perkahwinan pertama Shahirah bersama vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt.

Sumber, Hmetro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.