Muat naik video terbaru, gelagat Tya Ariffin dan Izara Aishah tarik perhatian warganet

Gelagat kedua-dua menantu penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Tya Arifin dan Izara Aishah ketika bergambar jadi perhatian dalam kalangan warganet. Menerusi perkongsian di TikTok, Tya memuat naik video bersama Izara yang sedang bergambar dan mereka mengenakan busana sedondon berwarna merah. Dalam perkongsian tersebut, mereka juga sempat mengucapkan Selamat Hari Raya seolah-olah sedang membuat penggambaran bersempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelma. Hahaha baik mengaku siapa macam ni time pagi raya. Klik sini untuk lihat video.

Melihat keakraban dua selebriti itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-rata terhibur dengan gelagat mereka menerusi ruangan komen. Malah, ramai yang memuji kecantikan kedua-dua menantu kesayangan penyanyi popular tanah air itu. Sekadar info, Izara merupakan isteri kepada anak kedua Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, Adib dan Tya merupakan isteri kepada Asyraf Khalid. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.