Lisa Blackpink belii villa mewah dekat Seoul, tapi bila tengok harga buat ramai yang terkedu

Ahli kumpulan Blackpink, Lisa baru-baru ini dilaporkan telah membeli sebuah vila mewah di Seoul bernilai hampir RM26 juta. Kediaman yang terletak di Seongbuk-dong itu merupakan milik cucu perempuan kepada pengerusi sebuah syarikat terkenal iaitu Lotter Corporation. Rumah baru idola yang berasal dari Thailand ini terletak di kawasan elit dengan keluasan lebih dari 7,200 kaki persegi dan terdiri daripada satu tingkat atas tanah serta dua tingkat bawah tanah. Sumber Remaja .my

Sejarah kawasan Seongbuk-dong ini terdiri daripada kawasan kejiranan yang didiami kebanyakkannya oleh individu berpengaruh dan berkuasa di Korea Selatan. Antaranya ialah pelakon popular Bae Yong Joon menerusi drama Winter Sonata dan pelakon serta penyanyi Lee Seung-gi. Terdahulu, dilaporkan Lisa telah membuat bayaran penuh untuk vila ini pada 30 Januari lalu.

Kredit Oh Bulan PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Mempunyai ahli-ahli yang berbakat menjadikan mereka kumpulan wanitaK-pop yang tertinggi dalam carta Billboard Hot 100, mempunyai dua Guiness World Records dan menjadikan BLACKPINK kumpulan yang terkaya. Rapper berusia 23 tahun ini merupakan ahli yang paling kaya dengan pendapatan sebanyak $10 juta (RM41,485,000). Menjadi ikon fesyen yang semakin terkenal, gaya fesyen Lisa telah menarik ramai perhatian ketika di Paris Fashion Week.

Menjadi duta kepada jenama terkenal Prada, Celine dan beberapa jenama lagi telah menjadikannya ahli paling terkaya berbanding Jisoo, Rosé dan Jennie. Lisa turut menjadi bintang terkenal di Thailand apabila sering tampil dalam beberapa iklan di negara asalnya itu. Selain daripada itu, Lisa juga mempunyai permainan video dan saluran YouTube sendiri, Lilifilm Official yang mempunyai 4 juta lebih subscribers. Sumber Diva.