Isteri kini hamil dah masuk trimester ketiga, Haris Anuar dedah ini alahan pelik yang isteri alami

SELEPAS┬álapan bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Harris Annuar berkongsi khabar gembira bahawa isterinya iaitu Asha Merican kini sedang berbadan dua. Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar memberitahu kandungan isterinya kini sudah memasuki trimester ketiga namun dia memilih untuk merahsiakan fasa awal kehamilan. “Sebenarnya isteri saya dah mengandung banyak bulan, tapi kami memilih untuk merahsiakan. Jantina anak pun kami dah tahu tapi bila dah lahir nanti baru kami kongsi,” katanya. Sebelum ini, Harris menerusi Instagram miliknya berkongsi khabar gembira bahawa dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Bercerita mengenai keadaan isterinya, Harris memberitahu kehamilan pertama Asha sangat unik kerana berdepan dengan pelbagai alahan pelik. “Isteri saya ada alahan yang pelik, dia tidak boleh dengar lagu-lagu Melayu atau Bahasa Inggeris nanti dia akan muntah tapi itu untuk trimester pertama. Tapi kalau nak elakkan dia daripada muntah kena bawa dia masuk ke dalam tangga kecemasan. Bila bau simen akan elakkan dia dari bau muntah. “Asha juga alahan tidak boleh bau badan saya membuatkan saya terpaksa memakai sabun badannya agar miliki bau yang sama. Lebih kelakar lagi apabila kulit dia jenis sensitif dan hanya menggunakan sabun mandi untuk bayi, jadi dengan saya sekali guna sabun yang sama,” katanya lagi.

Tambah Harris, isterinya pernah mengidam untuk makan di depan Pantai Klebang, Melaka malah dia juga lebih suka menikmati Asam Pedas sepanjang kehamilannya. Dalam pada itu, Harris memberitahu saat menerima khabar tersebut dia menyangkakan isterinya dijangkiti Covid-19 kerana baru pertama kali melihat alat ujian tersebut. “Saya dengan dia pergi mini bulan madu di Cameron Highland, Pahang, petang itu saya pergi joging apaila balik dari joging dia buat kejutan dengan letak alat ujian kehamilan bawah selimut.

“Mula-mula saya ingat dia positif Covid-19 sebab saya tak pernah tengok alat itu. Rupanya dia cakap dia mengandung, menangis juga saya masa itu,” jelasnya. Untuk rekod, Harris dan Asha selamat berkahwin pada 11 Jun tahun lalu selepas empat tahun bercinta. Sumber, Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.