Tak nak jadikan sebarang isu, akhirya Zara Zya tampil buat pengakuan ada cucuk muka dan bibir

Selepas diasak mengenai rupa parasnya semakin berbeza sejak kebelakangan ini, akhirnya pelakon popular Zara Zya mengaku mengambil suntikan pada wajah dan bibirnya. Enggan menjadikan ia sebagai isu, aktres berusia 38 tahun itu menjelaskan perubahan hormon dan faktor usia menyebabkan dia mengambil suntikan tersebut. Zara atau nama penuhnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin juga tidak menolak dakwaan terdapat beberapa klinik estetik yang tampil menajanya untuk melakukan suntikan dan ‘repair’ wajahnya. Namun, ia bukanlah tindakan ‘melampau’ kerana dia cuma mengambil suntikan vitamin sahaja untuk menjadikan kulitnya tampil lebih segar. Klik sini untuk lihat video.

“Sejujurnya, memang ada beberapa klinik yang menaja untuk saya membuat rawatan muka. Lagipun, saya dah semakin meningkat usia, jadi timbul kedutan dan saya ada suntik sedikit. “Tapi ia lebih kepada suntikan vitamin untuk menjadikan kulit tampil tanpa cela,”jelasnya. Katanya lagi, tidak menjadi satu kesalahan sekiranya dia berbuat sedemikian termasuk suntikan pada bahagian bibir memandangkan kini sudah mempunyai klinik estetik yang bersesuaian. “Kalau dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tapi ia lebih kepada vitaminlah.

“Sama juga macam bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi yang ini dia memberikan kesan tegang. Apabila ia tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan,” kata Zara menerusi temu bual di Melodi. Sementara itu, pelakon popular drama rantaian Risik Pada Hati ini mengatakan tidak kisah sekiranya ada warganet yang tampil memberikan komen negatif terhadap rupa parasanya. Jelas Zara, setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat masing-masing mengenai hal tersebut termasuk jugalah dirinya.

“Saya tidak kisah dan terpulang, lagipun saya rasa ramai sahaja yang buat. Terpulang pendapat masing-masing, mungkin orang itu tak ditawarkan peluang seperti ini, tapi bila dah ada peluang, mungkin dia juga sama nak mencuba,”katanya. Zara berkata, setiap selebriti pasti melakukan suntikan pada wajah sebagai rutin untuk mereka tampil cantik dan menjaga penampilan. “Di media sosial, orang boleh cakap apa saja. Nak buat atau tidak, itu terpulang. Macam saya, saya seorang selebriti, sudah pasti saya kena jaga penampilan secara keseluruhan dan apa yang boleh saya katakan, ia rutin bagi selebriti.

“Lagipun apa sahaja yang saya buat tetap ada kritikan dan tilikan. Kadang-kadang dalam video yang saya muat naik pun kita rasa tak ada apa-apa, tapi mata warganet tajam,”katanya lagi. Tegasnya lagi, dia tidak kisah sekiranya orang ramai tegur dan kritik mengenai perubahan pada wajahnya kerana tahu apa yang terbaik buat diri sendiri. “Bagi saya, selagi perkara itu baik untuk diri saya, saya tak kisah apa orang nak cakap. “Saya tak kisah orang nak kritik, saya tetap dengan diri saya dan akan jaga diri saya sebaik mungkin. Terima kasih kerana ambil tahu,” jelasnya.

Sumber, Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.