Ain Edruce muat naik video terbaru, tapi gelagat Soraya pula yang jadi perhatian ramai

Soraya Muhammad Amirul Hafiz merupakan puteri sulung Ain Edruce dan suami yang pada asalnya jantina bayi selebriti ini tidak diketahui oleh mereka sendiri sepanjang tempoh kehamilan sehingga hari dia dilahirkan. Ain sebelum ini pernah menceritakan pada awalnya dia meneka bahawa anak yang bakal dilahirkan itu adalah lelaki namun suaminya pula menebak yang anak sulung mereka merupakan bayi perempuan. Selain memiliki nama klasik yang sebutannya hanya sepatah, wajah comel anak Ain Edruce ini selalu raih tumpuan peminat. 

Baru-baru ini menerusi laman Tiktok rasmi miliknya, Ain berkongsi satu video yang memaparkan dirinya dan Soraya sedang melakukan ‘trend’ di platform tersebut, Apa yang jadi perhatian ialah gelagat Soraya yang hanya memunculkan diri dengan berpusing-pusing, sambil memberikan memek muka yang melucukan. Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 24.5k tontonan, 2.9k tanda suka dan pelbagai komen dari warganet yang rata-rata terhibur dengan penampilan Soraya. Untuk makluman, Ain berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhammad Amirul Hafiz pada 13 Disember 2019 dan dikurniakan cahaya mata, Soraya. Klik sini untuk lihat video.

Kredit Sinar Viral PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.