Dalam diam tahu tahu tular gambar Zara Zya disarungkan cincin, ramai yang tertanya tanya siapa bakal suami dia

Biarpun gambar yang disebarkan itu diambil dari posisi jauh namun jelas menampakkan wajah pelakon yang popular menerusi drama bersiri Risik Pada Hati itu. Maaf buat masa ini saya tidak boleh berikan sebarang komen. Apabila tiba masanya nanti, pasti saya akan berkongsi kepada umum. Apa yang boleh saya katakan adalah doa yang baik-baik saja buat saya. Terima kasih semua,” katanya kepada Harian Metro. Terdahulu, sekeping gambar Zara atau pemilik nama penuh Zainurul Razia Mohd Zainuddin,38, disarungkan cincin dengan pakaian serba putih.

Sebelum ini, Zara juga turut dikaitkan dengan pelawak, Shuib apabila video yang dimuat naik di media sosial bersama pelawak terbabit menjadi tular. Menerusi perkongsian itu, dia memohon agar warganet berhenti menjodohkan dia dengan Shuib yang mempunyai kehidupan sendiri. Selain Shuib, dia juga pernah di ‘kenenkan’ dengan rakan baiknya iaitu usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

 Pelakon Zara Zya, 37, hanya menunggu masa yang tepat untuk mengumumkan siapakah jejaka yang bakal dikahwininya. Zara berkata, perkahwinan adalah sasaran seterusnya selepas dia berjaya dalam bidang seni dan perniagaan. Zara tidak mengiyakan atau menafikan sama ada jejaka terbabit adalah orang dalam industri hiburan. Bagaimanapun, menurutnya jejaka itu bukan sesiapa yang pernah digosipkan dengannya. Siapakah dia, tunggu. Belum lagi kisahnya keluar di media sosial. Saya berjaya menyimpan mengenainya. Ramai orang petik yang orang itulah, inilah, tetapi tidak!” katanya.