Baru je kahwin tapi ada yang nampak baby bump, sekali ini pengakuan dari Nad Zainal

Perubahan bentuk badan pelakon Nad Zainal menjadi topik bualan warganet di media sosial. Terbaru, Nad dilihat memuat naik sebuah video ulasan mengenai sebuah produk berasaskan susu kambing. Bagaimanapun, peminatnya lebih tertarik dengan perut aktres berumur 33 tahun itu. Rata-ratanya membuat andaian dengan mengatakan itu adalah ‘baby bump’ selepas bunting pelamin dengan pelakon Ungku Ismail Aziz. Ada pula segelintir pengikut yang menganggap perbezaan itu disebabkan kesan steroid yang diambil oleh pemilik nama Farah Nadia Zainal Abidin.

Enggan membiarkan spekulasi bertebaran, pelakon drama Cina Buta menafikan dengan menyatakan itu sekadar perut buncit selepas makan. Sekadar info, Nad Zainal dan Ungku Ismail selamat bergelar suami isteri pada 23 Januari 2023. Sebelum ini, Nad mendirikan rumah tangga besama Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 namun berpisah pada tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya matai aitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2.

Komen warganet,

Sumber, ohbulan.com. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.