Muat naik gambar bercuti dengan isteri, tapi tindakan Aeril panjat badan Wawa Zainal buat ramai yang risau

Sebelum ini, apa sahaja yang dimuat naik oleh pelakon terkenal Aeril Zafrel menerusi platform media sosial miliknya pasti menjadi tumpuan dan topik hangat dalam kalangan warganet malah, ada yang menggelarnya sebagai ‘President TikTok’. Hal yang demikian kerana beliau sering membuat video parodi mahupun prov0kasi gurauan tentang apa jua isu yang sedang tular, malah Aeril sering mengikuti perkembangan semasa dengan memuat naik video-video mencuit hati yang berlaku menerusi platform tersebut. Namun dalam gurau senda yang sering dilakukan pelakon ini, ada sesetengah individu merasakan kadangkala ianya mungkin sedikit keterlaluan dan sensiitif.

Memuat naik gambar di Instagram miliknya, Aeril berkongsi foto mesra bersama isterinya, Wawa Zainal ketika sedang bercuti namun ada pula yang menegur beliau untuk tidak memanjat badan isterinya kerana dikhuatiri mendatangkan mudarat seperti jatuh peranakan. Hal yang demikian kerana mungkin ramai yang sering mendengar dialog ibu-ibu yang selalu menyebut, “jangan angkat barang berat!” atau “jangan tolak barang berat macam tu, tolak guna belakang badan sahaja.” Nasihat ini ada betulnya bagi menghindari sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti rahim keluar dari tempat asalnya.

Mengetahui bahawa pasangan bahagia ini pastinya mengimpikan mahu mempunyai anak yang ramai, justeru nasihat serta teguran berkenaan keselamatan mahupun kesihatan ini mungkin sedikit sebanyak sebagai peringatan bermanfaat. Bagaimanapun kami yakin bahawa selebriti ini sebenarnya hanya mahu bergurau serta sekadar tatapan mahu OOTD (outfit of the day) sahaja. Sumber, Murai.my. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.