Syida Melvin cabar diri Jual Kopi bergerak solo tanpa adik beradik

Siapa yang tidak kenal dengan usahawan Syatilla, Syafiqa, Syifa dan Syida Melvin yang berasal daripada utagha (utara). Keempat-empat adik beradik ini memang ‘hingaq’ sewaktu menjual produk keluaran mereka di TikTok. Terbaru, Syida memberanikan diri bergerak solo tanpa adik-beradik untuk memulakan perniagaan baru berasaskan minuman iaitu Madani Coffee. Menurut Syida, 25, dia mahu mencabar diri dengan memulakan bisnes sendiri namun itu bukanlah bermaksud dia ‘keluar’ daripada produk kosmetik yang sudah makin dikenali.

Pemilik nama Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin berkata keputusannya untuk mencuba perkara baharu tidak mendapat tentangan daripada adik beradik. Malah, mereka secara terbuka menyokong usahanya itu. Dalam pada itu, Syida yang mengusahakan Madani Coffee bersama suaminya, Shafiq Shaheen, memberitahu dia ingin membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjadi stokis dan ejen produknya. Madani Coffee yang berperisa Caramel Macchiato itu dijual pada harga RM49 sepeket dan berbeza dengan produk minuman yang lain kerana mengandungi khasiat buat penggemar kopi. Antara kandungan dalam produk ini adalah, habatus sauda, garam himalaya, gula tanpa kalori (sukralosa) ,probiotik , fiber sitrus dan biji kopi premium 100% arabika.

Bercakap lebih lanjut tentang perancangan perniagaannya,  Syida menyasarkan jualan sehingga 100,000 paket Madani Coffee pada tahun pertama. Info lanjut, boleh hubungi 011 1149 7845 dan layari TikTok dan Instagram Madanicoffee_hq atau ke page Facebook Madani Coffee HQ. Kredit Oh Bulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut. Untuk rekod Syida pernah membintangi drama BFF (Best Friends Forever) dan Rindu Bertamu di Abu Dhabi.