Marah bila ada yang gelar dia janda, Amelia Henderson mohon org ramai untuk berhenti rendahkan wanita berdasarkan status

Pelakon jelita, Amelia Henderson tampil membidas komen individu mulut celupar yang menggelarkannya seorang janda menerusi sebuah ciapan. Ia ekoran sebuah ciapan yang dimuat naik oleh individu di Twitter memuji keperibadian Amelia yang mempunyai IQ setinggi 180, selain sangat berbakat dan cantik. Ciapan tersebut bagaimanapun dibalas oleh warganet yang menambah ciri Amelia iaitu seorang janda. Berdasarkan pemerhatian XTRA, aktres drama Kisah Cinta Kita memohon orang ramai untuk berhenti merendahkan diri wanita bergantung kepada status hubungan.

Tambahnya lagi, panggilan janda kepada dirinya dianggap sangat biadap dan lebih selesa sekiranya namanya dikenali sebagai seorang wanita bekerjaya dalam industri seni. Kalau masalah besar dengan saya adalah saya pernah berkahwin, jadi saya rasa baik-baik saja. Saya sangat benci perkataan janda. Boleh tak sekiranya kita berhenti merendahkan wanita dengan melabel mereka berdasarkan status perhubungan kami untuk tahun 2023 ini? Saya adalah seorang pelakon, model, pengacara, penerbit dan penati yang pernah memenangi anugerah selama 27 tahun.

Janda adalah cara paling biadap dan tidak menarik untuk menggambarkan diri saya. Sekadar info, Amelia pernah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada 14 Ogos 2015 yang juga anak saudara Sultan Kedah. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.