Lebih setahun tak jumpa dengan suami, akhirnya Puteri Sarah tampil luahkan sesuatu

Hari ini merupakan sebutan kes perpisahan pasangan selebriti, Puteri Sarah Liyana dengan suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Kedua-dua pasangan kelihatan segak, cantik dan tenang sewaktu tiba di perkarangan mahkamah. Ketika ditemui media, Puteri Sarah yang cantik memakai jubah serba hitam memberitahu dia sudah lama reda dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku pada hari ini, “Saya sudah lama reda,”katanya. Pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia juga lebih tenang selain mendapat sokongan daripada keluarga dan ibu bapa mentua.

Katanya lagi, dia juga berharap agar hari ini dapat membuka lembaran buku baharu buat dirinya dan anak-anak. “Hari ini saya berpuasa dan sebelum keluar rumah tunaikan solat sunat dua rakaat. Saya berharap hari ini akan bermula buku baharu dalam hidup saya. Kalau nak ditanya soal perasaan, sejujurnya hari ini saya lebih tenang. Saya percaya Allah sudah tulis dan aturkan yang terbaik buat saya dan anak-anak. Apa pun yang terjadi hari ini, ia adalah ketentuan Allah SWT,”luahnya.

Pelakon drama Andai Itu Takdirnya juga berkata, ibu bapa dan kedua mentuanya tidak dapat hadir bagi mengikuti prosiding kes perpisahannya di mahkamah. Namun, dia tahu di sudut hati mereka kini sedang sedih. “Saya tahu mereka sedih. Tapi, jauh di sudut hati mereka tetap mahukan saya gembira dan membahagiakan diri sendiri,” katanya kepada Harian Metro. Dah lebih setahun tak jumpa Syamsul. Dedah Puteri Sarah, perasaanya ketika berjumpa Syamsul pada hari ini adalah biasa sahaja meskipun sudah lebih setahun mereka tidak berjumpa.

“Sejujurnya, saya sudah lebih setahun tak berjumpa dengannya,”dedah Puteri Sarah. Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan tuntutan untuk berpisah selepas empat tahun mempertahankan rumah tangganya selepas suaminya, Syamsul Yusof membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua pada awal Januari tahun ini. Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber, Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.