Simpati dengan apa yang jadi pada Aaron Aziz, Ammar Alfian sedia untuk berikan pertolongan

Pelakon Ammar Alfian meluahkan rasa simpati yang menimpa nasib aktor berbakat besar dalam babak aksi iaitu Aaron Aziz apabila maruahnya seakan dipijak oleh pengarah sensasi, Syamsul Yusof. Ia berikutan jawapan yang diberikan oleh pengarah filem yang bakal ditayangkan iaitu The Original Gangster, Syamsul Yusof sewaktu sidang media yang dikatakan bertentangan dengan apa dinyatakan oleh Aaron, semalam. Menerusi hantaran di laman Insta Story, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri meluahkan dia bersimpati dengan pengorbanan dan komitmen diberikan oleh Aaron Aziz bagi menjayakan watak dalam filem aksi berkenaan.

“Kita mungkin tidak rapat seperti mana kamu rapat dengan barisan pelakon lain. Tetapi setelah mendengar dan melihat segala kerja dan latihan keras dilakukan.. “..namun tidak dihargai, saya sangat merasai kamu,” tulisnya. Ammar berkata, dia sedia membantu pelakon filem KL Gangster itu sekiranya dia memerlukan bantuan dari segi latihan, terutama berlatih dengannya. “Jikalau kamu memerlukan bantuan dari segi latihan, boleh beritahu saya. InsyAllah, saya akan cuba sedaya upaya membantu kamu,”ujarnya. Katanya lagi, dia masih mahu berlawan dengan aktor berusia 47 tahun itu.

Tegas Ammar, alasan yang dinyatakan seperti usia dan fizikal Aaron Aziz untuk tidak layak beraksi filem berkenaan hanyalah ‘biasa’. Hantaran berikutnya, Ammar yang juga pelakon filem Paskal berharap agar masalah yang dihadapi oleh kedua-dua belah itu dapat diselesaikan dengan cara ‘bijak’ iaitu bersemuka tanpa membuka aib masing-masing. “Kan bagus dapat duduk begini, berbincang. Tak perlu bergdh, berbalas aib masing-masing,”katanya lagi.

Jelasnya, meskipun dia tidak mempunyai kaitan dalam konflik berkenaan namun adalah bagusnya jika mereka menyelesaikannya secara matang dan ‘lelaki’ tanpa mengikuti emosi. Terdahulu, pelakon Aaron Aziz mendedahkan punca sebenar konflik yang berlaku antara dia dengan pengarah, Syamsul Yusof. Dan, ternyata ia adalah bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Syamsul dalam sidang media, dua hari lalu. Aaron juga menyatakan dia mempunyai bukti dan saksi mengenai ‘konflik’ yang berlaku antara mereka berdua.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.