Dah makan banyak masa sahur pun masih cepat lapar, sekali ini pula penjelasan dari pakar nutrisi

Gambar sekadar hiasan.

Setiap kali Ramadan, pastinya ramai sudah merancang makanan yang ingin dimasak pada waktu berbuka nanti atau ada yang memilih untuk berbuka puasa di luar. Pun begitu, pakar pemakanan dan pakar kesihatan,menasihatkan orang ramai untuk mengamalkan kesederhanaan dan mengambil kira pengambilan makanan sama ada ketika sahur mahupun berbuka. Timbalan Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia Prof Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof juga menasihati orang ramai supaya menyediakan senarai makanan atau barangan yang diperlukan untuk memasak selain mengehadkan pengambilan makanan berminyak dan air manis.

Pengambilan karbohidrat yang diproses harus diminimumkan kerana peningkatan dan penurunan tahap glukosa (daripada memakan ini) boleh mengakibatkan seseorang  rasa lapar dan juga berasa letih. Sebaliknya, untuk memastikan seseorang kurang berasa lapar, pastikan kualiti makanan diutamakan dan memastikan ianya seimbang dengan protein berasaskan haiwan dan sayuran seperti tempe atau tauhu ditambah dengan sayuran dan buah. Tambah beliau lagi, orang ramai harus merancang sebelum ke bazar Ramadan kerana rata-rata akan pergi sekitar jam 5 atau 6 petang, sewaktu perut tengah lapar dan berselera. Ini sebenarnya punca mengapa pembaziran berlaku.

Dr Barakatun juga menyarankan mereka yang ingin membeli makanan di bazar membeli makanan yang kurang berminyak seperti ayam panggang, ikan panggang dan lebihkan sayuran hijau. Penasihat perubatan holistik, Datuk Dr Rajen M pula menjelaskan tanggapan salah orang ramai semasa bersahur, iaitu makan bahagian yang lebih besar untuk mengekalkan badan untuk tempoh yang lebih lama. Menurutnya, amalan ini akan memberikan tekanan pada badan. Sebaliknya, orang ramai dinasihatkan supaya banyak mengambil makanan yang lambat dihadam seperti daging ataupun sayur.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.